Thursday, September 29, 2011

Hasrat UMNO unt melihat pemimpin PR berperang tak kesampaian

Alhamdulillah isu hudud telah dapat diselesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan dengan baik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan PR.
PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.
PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.


PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.
Antara wartawan yang bersedia untuk menantikan sidang media dari kepimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk keterangan lanjut, sila ke Pulakdah!

P/s: UMCO mengharapkan DAP dan PAS berperang dan seterusnya meranapkan gabungan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Malangnya, kedua-dua parti ini sudah MATANG dalam berpolitik dan menghormati hak orang lain dalam gabungan itu.


Lebih lanjut, MK melaporkan bahawa tiada kata putus untuk melaksanakan Hudud kerana menurut DSAI terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana undang-undang itu melibatkan pindaan Perlembagaaan.


Biarpun DSAI mengatakan tiada persetujuan bersama dicapai berhubung usaha meminda Perlembagaan seandainya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, namun perkara perkara itu bukanlah mustahil berbanding dengan keengganan UMCO selaku parti (selaku umat Islam) yang memegang kuasa pemerintahan negara sejak Merdeka melaksanakan hudud.  Sudah 54 tahun, UMCO masih berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan. Terbaru, ulama dan pemimpin parti itu memberikan "masa/keadaan tidak sesuai" sebagai alasan untuk menolak Hudud. Jika itu dijadikan alasan, maka sampai kiamatlah Hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.


Pesan DCM kepada orang bukan Islam, hudud itu bukan untuk anda, jangan bimbang. Hormatilah hasrat orang Islam yang mahu melaksanakan undang-undang yang diperintahkan oleh Allah SWT! Apa perasaan anda jika orang lain menghalang/menafikan hak anda? DCM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular