Wednesday, September 14, 2011

Fuyooo!!! RM80 ribu sebulan utk blogger UMNO Parpu Kari

ImageLink
Petikan dari Umno-reform2:
Blogger UMNO kini berhadapan dengan serangan dari blog-blog pembangkang. Bermula dengan twitter chegubard – baru-baru ini laman pembangkang edyesdotcom telah memaparkan butir-butirhttp://edyesdotcom.blogspot.com/2011/09/rm80000-sebulan-untuk-parpukari-bagi.html mengenai seorang blogger popular UMNO – parpukari yang juga merupakan seorang sahabat blog www.umno-reform2.com



Adakah dakwaan ke atas www.parpukari.blogspot.com itu benar? Siapa yang sebenarnya menjadi penaung laman blog itu. www.umno-reform2.com telah didedahkan dengan penyata bank yang dikatakan milik Mohd Salim bin Iskandar – yang dikatakan nama sebenar parpukari
dalam blog tersebut.

Dari mana edyesdotcom memperoleh maklumat tersebut. Amat menghairankan – namun tidak mengejutkan. Apa pun sebenarnya www.umno-reform2.com enggan mahu mempercayai parpukari mendapat pendapatan RM 80,000.00 sebulan tetapi www.umno-reform2.com mempunyai butiran yang lebih mengejutkan mengenai pembayaran kepada laman web – penubuhan web yang dibiayai oleh agensi kerajaan sendiri.

www.umno-reform2.com percaya bahawa agensi itu tahu mengenai isu
kontrak pembikinan web sebanyak RM 50,000 sebulan untuk selama 3 tahun kontrak yang menjadikan jumlahnya RM 1.8 juta. Sekiranya pula kita lihat apa yang di fitnah/atau bukan fitnah oleh Raja Petra – ada peruntukan berjuta-juta pernah dituntut oleh blogger UMNO untuk melakukan sesuatu program.

Dahsyat sekali. Mungkin rakan saya parpukari mampu menjawab tuduhan itu. Adakah slip bank itu palsu? wfauzdin.blogspot.com 



Sape Parpu kari ni?? Klik Sini dan Sini

No comments:

Post a Comment