Monday, September 12, 2011

Filem Bukit Kepong... Mana Mat Indera???

FILEM BUKIT KEPONG - AKU TAK JUMPA `MAT INDERA', AKU JUMPA `UNION JACK'..
Bendera `Union Jack' diturunkan, walaupun kita tidak dijajah?


AKU menanti tayangan filem `Bukit Kepong' di TV 2 malam tadi. Kebetulan masa itu aku berada di rumah seorang teman kerana dijemput berhari raya di rumah terbukanya. Di rumahnya aku menonton filem arahan orang kuat Umno, Jins Shamsudin itu.


Jika dahulu, terasa sebak juga dihati apabila menonton filem yang dikatakan dipetik dari sejarah ini. Tapi kali ini, perasaan aku berbeza kerana aku bukan bodoh sangat seperti dahulu. Aku menonton juga filem ini kerana aku ingin menyaksikan watak `Mat Indera' di dalam filem tersebut yang ada pihak yang mendakwa Mat Indera itu zalim dan ganas. Mat Indera mengetuai `Komunis' di dalam serangan ke atas Balai@Rumah Pasong Bukit Kepong tersebut, dakwa mereka. Malangnya hasrat aku tidak tercapai.
Ini bukan `Mat Indera'....


Apa yang aku temui hanyalah sebuah bot yang tertera lambang `Union Jack'. Setahu aku Union Jack ini dimiliki oleh British dan dikibarkan di Tanah Melayu sewaktu British `makan angin' di Tanah Melayu seperti kata seorang Prof yang suka `makan kangkung' itu. Dan, ada seorang lagi Prof pula mendakwa Union Jack itu dibawa oleh British ke Tanah Melayu menandakan mereka hanya ingin menjadi `Penaung' kepada Tanah Melayu ketika itu. Kata Prof kepada anak Kling ini juga, waktu itu Tanah Melayu tidak dijajah kerana diperintah oleh Raja-Raja Melayu.


Jadi, berterima kasih lah aku pada RTM kerana sudi menayangkan filem `Bukit Kepong' berkenaan kerana mencerahkan minda aku dan kenal lah aku siapa yang memiliki Balai@Pasong di Bukit Kepong tersebut. Aku tidak mengambil tahu siapa dan sebab apa mereka menyerang Balai@Pasong di Bukit Kepong berkenaan, cumanya yang aku tahu rupa-rupanya `Union Jack' ada di situ.


Pembelajaran yang aku perolehi hasil dari aku tonton filem tersebut hanya ada dua sahaja, iaitu tiada kelibat `Mat Indera' dan ada kelibat `Union Jack'. Apa itu `Union Jack'? Mungkin Queen Elezebeth lebih tahu kisah ini./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment