Wednesday, September 14, 2011

Bukti Pembohongan Zainal Kling,

KPN Pertama Memang Rakyat Britain Pun!
Ada pihak menyatakan bahawa Malaya tidak pernah terjajah oleh kuasa British. Mereka berkata, upah gaji polis bukan dibayar British. Rasanya, kita sudah mula mengguna kalimat sen dan pound serta mata wang British saat itu.

Jadi, polis dan askar kita diupah dengan mata wang apa? Adakah mereka diupah dengan dinar emas yang pernah diguna pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? Satu hal lain yang perlu diteliti juga, adalah kedudukan Ketua Polis Negara kita.

Tahukah anda, bahawa KPN kita yang terawal adalah Tan Sri Sir Claude Fenner. Beliau lahir pada 6 Januari 1916 dan beliau inilah yang paling awal menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Beliau berkhidmat antara 18 September 1958 sehingga 28 Februari 1966.



Fenner dilahirkan di London, United Kingdom. Fenner bertugas dalam Pentadbiran Tentera British ('British Military Administration') dengan pangkat Leftenan Kolonel semasa angkatan beliau menumpaskan MPAJA (kemudian dinamakan komunis) pada tahun 1945.


Sebelum itu, Fenner adalah Ketua Polis Johor pada tahun 1955 dan beliau dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan pada 1958. (Rujuk SINI)


Adakah beliau bertembung dengan Mat Indera di Bukit Kepong, Johor pada saat itu?

Semoga teka-teki dan misteri yang tidak terungkap ini boleh dijawab oleh Prof Zainal Kling yang menganggap bahawa polis dan tentera yang bekerja pada zaman British itu sebenarnya bukanlah pegawai British.


Oleh MERAPATI MERPATI

No comments:

Post a Comment