Wednesday, September 7, 2011

Berani kah Muhyiddin keluarkan `kejantanan' nya

DEBAT - CICAK MENGKARUNG JADI MANGSA
KETUA Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sudah mula perasan dan syok sendiri apabila Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk menguruskan debat berkaitan isu siapa pejuang kemerdekaan. Nampaknya Mat Sabu kenal siapa lawan yang sesuai dengan beliau bukannya cicak mengkarung yang tiada apa-apa nilai di dalam Umno itu.
KJ perasan beliau hebat kononnya Mat sabu takut berdebat dengan beliau, sedangkan Mat sabu mensasarkan Muhyiddin yang setaraf dengan Timbalan Presiden PAS itu. Kesediaan KJ untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu ini disambut oleh Pemuda PAS Johor kerana tokoh yang menjadi kontroversi iaitu Mat Indera berasal dari Johor, tambahan pula `level' mereka sama sahaja iaitu dari kalangan Pemuda. Oleh yang demikian, KJ patut sedar diri dan cermin muka dahulu dan terima sahaja pelawaan dari Pemuda PAS Johor.
Biarkan sahaja Mat sabu menguji Muhyiddin samada Timbalan Presiden Umno dan TPM ini benar-benar `anak jantan' yang selama ini berkokok di depan media sahaja. Kita juga ingin melihat sejarah tercipta seorang tokoh nombor dua di dalam Umno berani berdebat secara terbuka setelah tokoh nombor satu mereka, Najib memang terbukti bukan `anak jantan'. Sebelum ini, Umno memiliki seorang wakil yang ada `kejantanan'nya sedikit iaitu Shabery Chik yang sanggup berdepan dengan Ketua Pembangkang DS Anwar di dalam debat isu minyak. Walaupun meleleh air liur, namun kita `respek' tokoh ini kerana beliau telah diuji secukupnya oleh DS Anwar.

Mustahil di dalam Umno tiada seorang pun yang duduk di atas sana yang benar-benar `jantan'. Mengapa pemimpin atasan Umno asyik memperkudakan pencacai mereka di bawah sahaja jika dicabar berdebat? Kita sering lihat Nazri Aziz, KJ, Lokman Adam dan beberapa ekor cicak mengkarung itu sahaja yang mewakili Umno untuk berdebat. Mana tokoh atasan Umno? Mana Najib, Muhytiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin dan juga menteri yang bahasanya berbunga-bunga iaitu Rais Yatim?

Kali ini kita sokong pendirian Mat Sabu yang terus mendesak Muhyiddin agar keluarkan `kejantanan'nya jika Muhyiddin merasa beliau bakal menjadi PM selepas Najib. Umno perlu ada pemimpin yang berani kerana benar, bukan pemimpin yang hanya lantang berkokok di depan kamera TV sahaja. Kali ini kita tunggu reaksi Muhyiddin./wfauzdin.blogspot.com / Sumber Gambar 

"Elok Saya Debat Dengan Muhyiddin," - Mat Sabu
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Selasa menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan di Bukit Kepong.

Beliau berkata Muhyiddin merupakan tokoh yang paling sesuai untuk berdebat dengannya kerana Timbalan Perdana Menteri sering menyerang peribadinya serta meminta beliau ‘bertaubat’ ekoran kenyataannya pada 21 Ogos lalu.

"Secara peribadi (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya.
"Yang suruh saya bertaubat, bertakwa (adalah) Timbalan Presiden Umno. Jadi elok saya bertemu dengan dia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Selasa.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut menegaskan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh merupakan tokoh yang paling ideal kerana kawasan Parlimen berkenaan berdekatan dengan Bukit Kepong.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata surat jemputan untuk berdebat dengan Muhyiddin akan dihantar dalam minggu ini.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan mencadangkan supaya PAS berdebat secara terbuka dengan Umno dalam isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan yang sebenar’?

Cabaran itu kemudiannya disahut oleh Khairy yang menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan pemimpin nombor dua PAS.

Bagaimanapun, Mohamad dilaporkan menolak pelawaan tersebut dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas.

Isu Bukit Kepong mula panas apabila Mohamad dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mohamad Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya itu.

Sementara itu, Mohamad berkata beliau akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa telah memutar belitkan ucapannya dalam ceramah berkenaan.

"Utusan Malaysia telah memutar belitkan fakta dalam ucapan saya. Saya mempunyai transkrip ucapan penuh pada malam itu.

"Tetapi mereka telah putar belitkan ucapan saya. Malam ini saya akan berjumpa dengan peguam untuk berbincang mengenainya. Maklumlah cuti hari raya semua orang sibuk beraya.

“Insya-Allah kita akan lihat apa langkah seterusnya yang boleh diambil dalam hal ini,” katanya.Mstar


No comments:

Post a Comment