Wednesday, September 28, 2011

Aku nak tengok PERKASA dan Pemuda UMNO "Julang Keris Kontot kah kah kah

Kuota Bumiputra : Akan dimansuhkan pada masa akan datang..
Hari ni PM Najib makin nak menjerat diri sendiri dengan membuat pengumuman bahawa dia akan mansuhkan kuota Bumiputera sebanyak 30% pada masa akan datang untuk mewujudkan persekitaran bisnes yang berdaya saing kononnya. Najib kata Model Ekonomi Baru (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi untuk menggalakkan persaingan Bumiputera dalam sektor bisnes.

Najib kata penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonomi dan menguburkan bakat Bumiputera. (Baca SINI)


Najib menegaskan keperluan kuota Bumi digugurkan sepenuhnya namun kerajaan akan terus bantu mereka yang terbaik dikalangan Bumi bagi memastikan lebih persaingan dalam dunia perniagaan.

Najib kata MBE masih ada dasar2 affirmatif tapi ia akan berasaskan kepada Meritokrasi dan berkata, kita akan bantu Bumi yang tepat ( yang layak ). Kuota hanya melekakan, menghalang kemajuan dan mematikan bakat.

Kesilapan kita selama ini adalah kerana kita tidak membantu mereka yang tepat / layak.
Kita akan hapuskan kuota tapi kita akan terus bantu Bumi dalam bentuk yang  menolong mereka berkembang. Jika diteruskan kuota, mereka tidak akan bersungguh-sungguh dan akhirnya tidak akan bertambah maju.

PS... Oiii Perkasa dan Pemuda UMNO hatta pencacai UMNO ... ini bukan kenyataan dari Cina atau DAP... ini dari MULUT MERAH pejuang dan pembela nasib MELAYU ....Nampaknya UMNO dah redha menjadi kuda tunggangan MCA kah kah kah 

Kenyataan Soi Lek >>> Klik SINI 




No comments:

Post a Comment