Wednesday, September 14, 2011

Adakah ini makcik Hajjah sitt al-wuzara ? +Video

Sedang panas isu berkaitan penghinaan individu yang menggelar dirinya makcik Hajjah sitt al-wuzara, tiba-tiba  timbul satu identiti misteri yang menyerang dan seakan-akan menghina islam, dengan menyatakan orang melayu ini tidak ada agama, malah mengatakan tiada bukti melayu ialah islam.


Lebih kurang jam 12 tengah malam tadi, team Jingga13 yang sebelum ini pernah cuba mengesan makcik hajjah sitt al-wuzara melalui IP addresnya ,agak terkejut mendapati IP addres individu tersebut sangat hampir dengan yang pernah digunakan sebelum ini oleh makcik hajjah sitt al-wuzara dalam percubaan mengesan si penghina islam tersebut sebelum ini.


Individu ini disyaki menggunakan proxy untuk melindungi IP addres sebenar beliau,beliau dipercayai berada dimalaysia


Persolan yang timbul ialah adakah individu misteri ini ialah Makcik hajjah sitt al-wuzara ?


SKMM (suruhanjaya komunikasi dan multimedia) yang mempunyai kakitangan terlatih dan teknologi serba canggih seharusnya sudah lama dapat mengesan individu tersebut, namun malangya walaupun laopran polis telah dibuat dan berbagai desakan telah dijalankan, namun mereka masih gagal mencari individu tersebut.


Apakah kekangan yang dihadapi jabatan-jabatan berkenaan dalam mempertahan kesucian agama Islam?, atau mereka tidak mahu memandang serius masalah ini.


Diharap juga mereka-mereka yang mahir dalam bidang sosial engineering dapat membantu mencari si penghina islam bernama hajjah sitt al-wuzara ini, tidak apalah jika JAKIM dan SKMM tidak mahu bertindak, (mungkin isu ini tidak penting bagi mereka) namun sebagai umat islam kita wajib berusaha mencari dan menghentikan individu ini dari terus menghina islam.


Buat si penghina Islam, bertaubatlah selagi ada masa, selagi ALLAH izinkan kamu bernafas atas buminya ini.



Iman atau aqidah boleh terbatal melalui tiga perkara ;

i. Pertama melalui I’tiqad ( kepercayaan) , contohnya seperti mempercayai ada tuhan selain Allah, atau mempercayai ada makhluk lain yang boleh memberi kuasa. Percaya bahawa adanya kuasa-kuasa lain yang setanding dengan kuasa Allah, seperti jin, tangkal azimat dan bomoh dan sebagainya.


ii. Kedua melalui Perbuatan, contohnya seperti menyembah berhala samada secara sengaja atau tidak, menghina dan memijak al-Quran dan sebagainya. Menghina Rasulullah SAW dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad SAW.

iii. Ketiga melalui Perkataan seperti menafikan kewajipan perkara-perkara asas dalam Islam seperti kewajipan solat, puasa, menafikan pengharaman arak dan zina, menyatakan agama Islam tidak sesuai dengan zaman sekarang dan sebagainya..

=============================
Kufur Hakikat :Ingkar/menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw

Tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir/kufur

-Tidak mengakui balasan di akhirat
-Menolak hukum yg terdapat dlm al-Quran
-Menyatakan solat fardhu merugikan masa
-Menyatakan puasa Ramadhan melemahkan ekonomi

Hukumnya
Batal iman
=============================
Kufur Nikmat : Mengingkari Khaliq/Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya/membazir makanan

-Mengguna nikmat ke jalan maksiat
-Enggan mengeluarkan zakat/sedekah
-Boros membelanjakan harta

Hukumnya
Berdosa besar

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

KUALA LUMPUR 11 SEPT : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibidas apabila gagal mengambil tindakan terhadap sebuah laman web yang menghina agama Islam.

Ketua Koordinator Sekretariat Jingga 13, Fariz Musa menegaskan pihak berwajib perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani isu tersebut lantaran ia bersifat sensitif dan mampu mengguggat kerukunan beragama dinegara ini.

"Kami melihat bertapa gagalnya Datuk Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang secara jelas menguruskan Hal Ehwal Islam tetapi bagi kami beliau gagal dalam mengatasi isu pemesongan akidah.

"Kami juga hendak menegaskan kegagalan Datuk Paduka Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Multimedia dan juga  Kebudayaan yang mana SKMM di bawah beliau turut masih gagal untuk menjejaki dan mengambil tindakan.

"Kami juga menzahirkan rasa kekecewaan kepada JAKIM, Ketua Pengarah JAKIM serta pihak polis kerana membiarkan isu ini berlangsungan terlalu lama tanpa sebarang tindakan,"katanya ketika menyerahkan surat memohon mengadap Yang Di- Pertuan Agong (YDPA) pagi tadi.


Permohonan mengadap itu dikemukakan bagi meminta campur tangan YDPA dalam menangani isu penghinaan agama Islam yang berleluasa dialam maya.

Sebelum ini, laman web 'makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com' dikesan menerbitkan artikel yang berniat memesongkan dan menghina agama Islam. Aktiviti seumpama itu juga dikesan di laman sosial Facebook dan twitter. 

Fariz menambah, aktiviti menghina agama Islam ini dilihat semakin serius apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sehingga kini hampir 5,000 petisyen bantahan dikumpulkan melalui sebuah laman web terhadap isu yang dimainkan oleh pemilik laman tersebut dan akan diserahkan pada YDPA dalam masa terdekat.

"Laporan polis banyak dibuat, termasuk laporan kepada SKMM, oleh NGO termasuk badan-badan daripada politik, Perkasa, Umno, Pas dan Keadilan termasuk NGO-NGO lain tetapi malangnya kita melihat isu ini bagaikan melepaskan batuk di tangga.

"Bagi kami isu ini adalah pemesongan akidah, ini isu menyebabkan murtad, jadi sebab itu kami hadir di sini bagi tujuan memohon mengadap Tuanku untuk kita bincangkan supaya Tuanku sebagai ketua agama Islam mengambil tindakan yang tegas berkaitan dengan isu ini,"katanya.

Pada 7 September lalu, Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim, membantah tindakan sambil lewa badan berkenaan dalam menangani isu tersebut. - Laksmana Bukit Bintang



SUMBER SINI dan SINI

Mana Pejuang AGAMA Pemuda UMNO, PERKASA dan KUMPULAN SILAT LUCAH 
Adakah UMNO dan seangkatan dengan nya beranggapan ISU Komunis lebih penting dari isu AQIDAH??? Mana Menteri yang menjaga AGAMA???


MARI PERANGI SI PENGHINA ISLAM, JINGGA13 AKAN MENGANJURKAN PERARAKAN SERAH MEMORANDUM KEPADA DYMM SPB AGONG PADA 24 SEPTEMBER 2011, JAM 2.OO PM, ANDA DIJEMPUT UNTUK SERTAI KAMI DEMI MENYELAMATKAN AKIDAH UMMAH. - tukanglawan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment