Sunday, August 14, 2011

UNISEL : Rokmaa Mat mak saudara Khir Toyo muka tak malu!

Bongkar kemelut Universiti Industri Selangor, UNISEL!

Sejak semalam media elektronik dan akhbar-akhbar menyiarkan berita Rokmaa Mat, bekas Pendaftar Unisel akan “dikembalikan” ke Pejabat Menteri Besar atau Yayasan Selangor, akibat kemelut Unisel.

Pada tahun 2001, atas kuasa Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor, Rokmaa Mat yang asalnya hanya seorang guru biasa dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Pendidikan Yayasan Selangor dengan gred 54.


Semasa di Yayasan Selangor, beliau bukanlah seorang “performer” kerana prestasinya hanya biasa-biasa sahaja, selain menjadi mata dan telinga Khir Toyo. Akibatnya, beberapa pegawai yang tidak disenangi oleh Khir Toyo ditekan, dipindahkan ke tempat yang jauh atau dibuli, dengan cara tertentu.

Semasa menerajui bahagian pendidikan Yayasan Selangor, keputusan pelajar jadi merosot kerana dia suka melaga-lagakan pegawai atas faktor pilih kasih.

Maka sesiapa yang pandai bermuka-muka akan mendapat perhatian beliau. Maklumlah, sebagai Timbalan pengurus Besar Pendidikan, beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pengurusan tertinggi. Sebab itu Rokma tidak disenangi oleh kakitangan bawahan.

Apabila wujud kekosongan jawatan pendaftar di Unisel, beliau diarahkan oleh Khir Toyo untuk mengisi jawatan itu, demi meluaskan pengaruhnya sebagai MB di universiti swasta itu.

Untuk itu, beliau meletakkan jawatan di Yayasan Selangor pada tahun 2006 untuk menerima jawatan gred Jusa C dan lebih berprestij di Unisel.

Sejak itu, bermulalah episod cengkaman beliau di Unisel, maklumlah dia orang Khir Toyo.

Rupa-rupanya Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo. Patutlah beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Sumber dalaman Unisel menunjukkan bahawa kakitangan Unisel memang tidak menyukai beliau, kerana sering menghalang aktiviti pelajar dan pensyarah yang tidak menyokong UMNO/BN.

Ini ditambah pula dengan usaha beliau yang dikatakan mensabotaj pengambilan pelajar baru Unisel sehingga kemasukan pelajar merosot. Beliau melakukan pelbagai cara dengan “menyimpan” fail permohonan pelajar, menutup khidmat kemasukan pelajar onlne dan mengurangkan publisiti pengambilan pelajar. Tujuannya ialah untuk menunjukkan kerajaan Tan Sri Khalid gagal mentadbir Unisel.


Adakah patut seorang pegawai kanan bertindak demikian?

Dia pula bersekongkol dengan Naib Canselor, Dr. Rosti.

Dibongkar juga cerita sebenarnya Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang profesional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Hal ini diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai-pegawai kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Oleh itu, cerita Rokma kononnya akan kembali ke jawatan asalnya di Yayasan Selangor adalah tidak benar. Dia sudah meletakkan jawatan pada tahun 2006.

Jika dihantar ke Yayasan Selangor, beliau hanya akan menjadi “penumpang” yang tidak dikehendaki. Dia sudah pasti akan membuat “onar” dan menganggu pengurusan sedia ada.

Jawatannya di Unisel hanyalah bertaraf kontrak. Oleh itu, dia akan ditamatkan kontraknya mengikut masa yang ditetapkan.

Jika Rokmaa Mat mempunyai maruah, dia sepatutnya meletakkan jawatan. Jika dia menerima untuk dihantar ke Yayasan Selangor, bermakna dia memang muka tak malu!


ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya..."

No comments:

Post a Comment