Monday, August 8, 2011

UMNO UNTUK SIAPA ? - Blogger UMNO


Di mana kita ? Tahun 2011. Tiga tahun lebih sudah berlalu dan UMNO masih di pukul hari demi hari dari Pakatan. Tuduhan demi tuduhan di lontarkan kepada UMNO dan di mana dan siapa yang sepatutnya jawab ?

Adakah Perdana Menteri patut letak semua kerja dia ke tepi dan jawab satu demi satu ? Di mana semua orang pandai yang di letak dalam kerusi kuasa untuk mencari dan menjawab setiap isu yang di lontarkan Pakatan sampai mereka haus daripada idea dan lepaskan hasrat mereka untuk menjadikan percepsi sebagai realiti.


Ada segelintir Blogger UMNO yang menyatakan bahawa mereka ini adalah yang paling baik di dunia, dan paling banyak maklumat masih tidak dapat retakkan gerakkan jentera Pakatan. 


Blogger UMNO di mana sudah masuk ke akar umbi dan berdondeng lagu lagu Patriotik dan keluarkan komen komen hari ini dalam sejarah supaya Generasi Y yang sudah di hasut dengan percepsi melihat kebenaran dan fakta yang sebenar dan kembali ke arah yang sebenar ? 


Di mana mereka semua ? Seperti di nyatakan beratus kali, bila mereka semua hendak bergabung di bawah satu panji dan menyatakan dengan ikhlas dan jujur bahawa perjuangan mereka adalah untuk Agama Bangsa dan Negara.


Tuduh sini tuduh sana, dia lebih besar, kepala itu lagi syiok, group ini lebih glamour, group itu lebih pandai, leader itu lebih cerdik dan lain dan lain dan lain. Sampai bila ? 


Perasaan hasad dan dengki pun tidak jauh daripada kita semua bila ada yang naik, yang lain akan tarik ke bawah. Ya, kita semua sudah dengar pasal ketam dalam bakul, jadi saya tak payah nak eloborate pasal itu. Tetapi bila kita hendak tolak semua ini dan kembali ke arah perjuangan yang sebenar. 


Perjuangan Allahyarham Tun Dr Ismail. Perjuangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak ada ke satu pun yang berasa salah dengan perangai sekarang dan rasa kita patut duduk semeja dan tolak PHD membawa arus yang sebenar untuk berhentikan Pakatan dalam keadaan mereka sangat lemah sekarang ?


Perdana Menteri ada lebih banyak kerja daripada menjawab setiap tuduhan daripada Pakatan dan kita yang sudah syiok duduk dalam group group eksklusive kita lah yang patut di salahkan. Yang patut di salahkan adalah kita semua. Saya pun mereka tuduh macam macam tetapi saya nak buat macam mana ? Nak saya serang balik ? Apa saya dapat ? Dapat jadi Menteri ? Dapat jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ? 


Adakah itu sahaja dalam pemikiran segelintir Blogger UMNO ini bila dengan senang serang tanpa fakta dan menerima hasutan daripada yang benci lihat kita berkawan dengan yang lain ? Hanya Allah SWT yang tahu kebenaran dan hanya dengan IZINnya kita bernafas setiap hari.


Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tidak mengira kawan atau lawan, dan doa supaya anda dapat hidayah dan nafas baru untuk meneruskan perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara, menolak hasutan dan ugutan, percepsi dan penipuan, yang akhirnya hanya akan rugikan kita, UMNO, dan akhirnya negara kita yang di cintai. 


Kalau saya pernah buat salah terhadap anda, saya minta maaf dengan ikhlas dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Saya tidak sengaja. - kritis-online

No comments:

Post a Comment