Sunday, August 14, 2011

UMNO Pemilik "HAMBA" yg tak malu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6OclWCMx22eui8irHHsbenVFqeoQM7Me83gk6YyagIBiFKC7qys3BVbolXI-KkefhWkcLWPOYWQ75WWoR6cxrgWBGwIrPcrCdiHo2nCrKhnSvrR8EEwq5UmQQeHsAv-AUXA84q_mfzden/s400/saifuddin+abd.jpgUmno Tidak Mahu SPR Yang Bebas


Oleh Subky Latif
AHLI Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifudin Abdullah bercakap betul tentang kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang.



Penyakitnya ia menghadapi krisis kepercayaan yang teruk. Apa jua sistem pilihan raya yang digunakannya baik biometrik mahu pun dakwat kekal, ia tidak mendapat keyakinan umum.Disarannya supaya SPR itu dipulihkan bagi menjadi sebuah suruhanjaya yang betul-betul bebas.

Para pembesar Umno yang menjadi pembesar negara termasuk Perdana Menteri Najib Razak berkata, unjuk rasa sehari Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa kesan dan faedah, tetapi Saifudin mendapati SPR menerima tamparan yang parah dan gara-gara tindakan Bersih itu imej dan kebebasan SPR telah hancur luluh dan lusuh.


Saifudin saja antara segelintir pemimpin Umno yang masih ada maruah politik dan ada integriti bercakap SPR dan lain-lain isu.


Semua mahu sebuah SPR yang bebas. Itulah semangat yang perlembagaan beri kepadanya. Dengan semangat itulah Yang di-Pertuan Agong perkenan membentuknya. Bukan SPR tidak mahu kebebasan itu. Saifudin kena faham yang tidak mahu SPR itu bebas ialah Umno.


Sir Malcolm McDonald, semasa menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara tertarik dengan saranan Sukarno menjadi Asia Tenggara sebuah rantau berkecuali.


Sir Malcolm dalam bukunya Titan and Others menyebut dia pergi ke Washington membincangkan cadangan Sukarno itu dengan John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika di zaman Eisenhower.


Reaksi Dulles ialah Amerika tidak mahu sebuah Asia Tenggara yang berkecuali tetapi dia mahu sebuah Asia Tenggara yang pro Amerika atau pro Barat. Pada dunia Asia Tenggara yang berkecuali itu baik untuk keamanan tetapi Asia Tenggara yang berkecuali merugikan kepentingan Amerika.


Semua mahu sebuah SPR yang bebas kerana ia baik dan sihat bagi demokrasi dan bagi negara dan rakyat. Tetapi Umno tidak mahu SPR yang bebas tetapi ia mahu SPR yang menjadi hamba Umno.


Dengan kuasa yang ada pada Umno, maka Umno menghantar hamba-hamba bertugas di situ di samping menjadikan orang-orang yang ada di situ sebagai hambanya.


Selepas D. Mahathir Mohamad memimpin Umno seluruh yang berkhidmat di situ menjadi hambanya dan mereka pun seronok menjadi hamba. Mana-mana yang tidak sedia menjadi hamba meminggir diri daripadanya.


Kita kata hamba itu hina tetapi ada orang yang selesa menjadi hamba. Pada zaman Firaun sekalian bani Israil dilahirkan untuk menjadi hamba. Apabila datang Nabi Musa a.s. membebaskan mereka, ada bani Israil tidak seronok jadi orang merdeka dan mereka tidak tahu bagaimana hendak hidup sebagai orang merdeka.


Mereka mahu dikembalikan untuk menjadi hamba kepada bangsa Khibti justeru sudah sentiasa menjadi hamba dan mahu terus menjadi hamba.


Pemilik hamba tidak pernah memuliakan hamba. Pernah Umno sebagai pemilik hamba berpecah kerana berebut kuasa.


Penguasa hamba yang menang menyingkirkan ketua hamba kerana ketua hamba itu datang dari negeri yang sama dengan pencabar penguasa hamba yang menang itu.


Sekalipun ketua hamba itu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada tuannya, tetapi begitulah tidak teragak-agak menjual hambanya bila dirasanya hamba itu boleh menyusahkannya.


Hamba itu boleh dijual apabila ia tidak diperlukan lagi dan boleh dibeli semula bila diperlukan.


Masalah yang dihadapi oleh para pelanggan SPR ialah bercakap dengan hamba yang tidak berhajat untuk menjadi orang merdeka.


Hamba zaman dulu tidak bercakap dengan orang lain yang merdeka. Apa yang dikehendaki dari hamba mesti dibuat melalui tuannya.


Tetapi hamba hari ini diberi mandat oleh tuannya mendengar masalah dari orang lain yang merdeka. Sebagai hamba dia boleh bercakap macam tuan. Dia boleh menjawab apa yang diadu dan boleh juga mewakili tuannya menyalahkan orang yang mengadu.


Sebagai hamba dia mendengar aduan dan rayuan tetapk ia tidak ada kuasa untuk memenuhi permintaan dan cadangan. Semuanya tetap di tangan tuan hamba.


Sejak berpuluh tahun parti-parti politik sebagai pelanggan utama SPR turun naik tangga dan lif SPR.


Membincang itu dan ini, merayu itu dan ini. Kelemahan undi pos, kewujuan undi hantu, penggunaan dakwat kekal dan macam-macam lagi telah disampaikan kepada SPR daripada satu pengerusi ke satu pengerusi. Entah sudah berapa ramai pengerusinya silih berganti.


Tidak banyak hasil yang diperolehi. Pelanggan seolah-olah bercakap dengan orang yang pekak.


Apa yang dapat mengadu kepada yang tidak kasih? Membuang masa dan merugikan tenaga.


Sebagai pelanggan tidak pernah ia melihat SPR sebagai musuh. Kalau boleh ia perlu didekati. Kalau perlu mahu tidur sebantal dengannya. Tetapi SPR melihat pembangkang sebagai pelanggan kelas rendah.


Sekali pun Umno itu juga adalah pelanggannya, ia tidak pernah melihat Umno sebagai pelanggan kerana ia adalah hamba yang merasa hidupnya kerana adanya Umno yang menjadi kerajaan.


Tiada cara ia mudah didekati dan tiada cara ia mudah dirundingi oleh pembangkang.


Unjuk rasa Bersih adalah tindakan akhir bagi menyedarkan SPR adalah hamba Umno yang perlu dibebas dan dimerdekakan. Pertama adalah untuk memberitahu dunia SPR adalah hamba Umno.


Kedua mahu menyedarkan SPR bahawa ia adalah hamba dan perlulah ia keluar dari kepompong tempurung hamba itu bagi menjadi orang yang merdeka dan mulia.


Pemilik hamba tidak pernah membebaskan hamba. Islam menawarkan pahala yang besar bagi sesiapa yang dapat membebaskan hambanya dan pahala yang sama besar bagi sesiapa yang dapat membebaskan hamba itu dari tuannya.


Sayidina Abu Bakar as-Siddiq membeli Bilal bin Rabbah dengan harga yang tinggi daripada tuannya dan membebaskannya bagi menjadi orang yang merdeka. Bilal menjadi sahabat Rasulullah s.aw. dan dimuliakan dengan menjadi ahli azan yang pertama.


Unjuk rasa Bersih adalah untuk membebaskan hamba. Besar pahala bagi orang Islam membebaskan hamba. Bagi yang bukan Islam adalah kebaikannya di dunia.


Sebagai hamba SPR dibela oleh hamba-hamba Umno yang lain. Ada hamba bernama polis, ada hamba bernama hakim dan ada hamba berbaju jabatan peguam negara dan berbaju media perdana.


Tetapi suasana pasca unjuk rasa Bersih 9 Julai memberikan tandatanda kesedaran betapa hinanya menjadi hamba. Ada di tengah-tengah masyarakat mewacana kejadian 9 Julai itu. Moga-moga terbuka mata semua tentang kewujudan hamba di era teknologi biometrik.


Saifudin keluar dengan kenyataan SPR perlu mengatasi krisis keyakinan yang melandanya. Perlu bebas daripada alam perhambaan kiranya mahu dipercayai. Ada cadangan supaya dimasukkan wakil parti-parti politik dalam penentu dasarnya, dan SPR mempelawa supaya setiap pelanggan jangan lihat ia sebagai musuh.


Ada percubaan untuk membawa SPR ke tengah masyarakat seperti Sinar Harian semukakan SPR dengan Bersih di depan khalayak umum. Tujuannya ialah supaya orang tahu apa sebenarnya yang berlaku.


Pelanggan SPR yang jadi nelayan dan pesawah yang tidak sempat ke wacana itu menunggu apa yang terjadi dalam wacana itu. Apa orang kata tentang SPR di wacana itu hanya diketahui oleh orang yang datang. Yang ada komen para penel dan saksi di luar wacana rasmi.


Malah SPR bercadang untuk turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya SPR itu. Bersih dipercayai menunggu di mana saja SPR pergi dan akan bersemuka lagi.


SPR mula sedar ia adalah hamba dan adakah Umno masih tidak merasa malu menjadi pemilik hamba di zaman hamba sudah dimansuhkan?

No comments:

Post a Comment