Sunday, August 14, 2011

Timbalan Ketua Polis Negara "BODOH"

London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.


Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.


"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.


"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.


Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.


"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.  


"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.


Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.


"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.


"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.


Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.


Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.


Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.


Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda  beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedar dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata./Harakah.




imageimage
Salam..mungkin buat masa sekarang..mereka yang anti perhimpunan aman Bersih akan menggunakan dalil rusuhan di london untuk mengharamkan tindakan rakyat yang turun ke jalanraya bagi menyokong 8 tuntutan Bersih 2.0..
namun, jauh bezanya..hehehe..buat sesiapa yang ingin berhujah dengan mereka yang anti Bersih ni..boleh menggunakan hujah dibawah sebagai sokongan..
Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;
Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;
Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;
Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;
Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;
Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;
Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;
Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.
Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.
Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.
P/S : demonstrasi patriot pun lagi merbahaya dari rusuhan dilondon..sebab menggunakan kepakaran dari luar negara untuk melawan Bersih..mana ketuanan melayu hishamuddin keris?
image
kah..kah..kah..
kah..kah..kah..
kah..kah..kah..
P/S : tolong SHARE dekat mamat dan minah UMNO, PERKASA, PESILAT WHEELCHAIR
Aiman...

No comments:

Post a Comment