Friday, August 5, 2011

Siasat atau Sandiwara????


Suhakam berhasrat temui semua anggota polis terlibat


Joseph Sipalan
Ogos 5, 11
3:58pm

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata ia berhasrat menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas.

NONESuhakam pesuruhjaya James Nayagam (kanan) berkata ia adalah
bahagian penting yang perlu dibuat dalam siasatan awam yang akan diadakannya untuk menyiasat dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan tersebut.

"Kita perlu buat... Orang ramai tidak sedar, bila anda bercakap tentang siasatan awam, anda perlu bercakap dengan semua yang terlibat. Ia mesti satu siasatan yang terperinci," katanya selepas menerima testimoni bertulis dan bukti video mengenai dakwaan keganasan polis.

Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus mengenai dakwaan gas pemedih mata di tembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Suhakam sebelum ini meminta orang ramai tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan keganasan polis, kepada suruhanjaya itu sehingga 2 Ogos, tetapi tarikh itu dilanjutkan ke hari ini atas permintaan BERSIH 2.0 dan yang lain-lain.

mk

Di bawah ini satu dari kisah mesra Polis.

Friday, August 5, 2011


Mat Zal cerita detik ditumbuk,diterajang, dipukul polis sehingga berdarah kepala semasa Himpunan Bersih 2.0

KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.




Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.

Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil “buku lima.” Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.



Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.
Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.

Warta Utara / 
MOUNTDWELLER

No comments:

Post a Comment