Saturday, August 6, 2011

Siapa yg berpolitik wahai `pengampu' nombor Wahid kpd Umno!!!

MAKA BERBUNYI AL-KATAKI YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL



GELI geleman bulu roma saya bila mendengar komen Ibrahim Al-Kataki pemimpin Perkasa berbunyi berkaitan isu serbuan di sebuah Gereja di Selangor. Saya sudah jangka, bila berlaku di Selangor atau di mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat yang mendatangkan pertembungan di antara Kerajaan Negeri dengan Jabatan lain, pasti si Ibrahim akan muncul.
Malaysiakini melaporkan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta semua pihak berhenti tuduh menuduh dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, pada malam Rabu.


Pertembungan berlaku di antara Kerajaan Negeri di bawah PR dengan JAIS di dalam isu ini khususnya berkaitan aspek teknikal dan perundangan sahaja. Sebelum ini banyak isu yang melanda JAIS yang seringkali tidak sependapat dengan Kerajaan Negeri. 


Akhirnya, Kerajaan Negeri di pihak yang benar kerana JAIS sering melaksanakan tugas seolah-olah tidak berpandukan peraturan atau undang-undang jauh sekali untuk berunding secara berhemah. 


Sebagai contoh, di dalam isu rampasan arak suatu ketika dahulu. Ternyata, undang-undang yang digubal oleh Pusat banyak membantutkan usaha Kerajaan Negeri tetapi JAIS seperti tidak tahu peraturan yang sedia ada. Paling malang apabila ada tokoh PAS di sisi JAIS yang juga seperti tidak tahu kewujudan peraturan itu.


Sebenarnya ada tindakan lain boleh dilakukan jika bijak, sepertimana isu rampasan arak berkenaan termasuk isu penjualan arak di kedai-kedai 7 Eleven. Akhirnya, semuanya selesai dan keputusan Kerajaan Negeri diterima baik oleh pihak-pihak yang berkaitan. Paling membanggakan tindakan Kerajaan Negeri Selangor jauh lebih baik dari kerajaan-kerajaan negeri di bawah umno/Bn. Ertinya, walaupun terdapat undang-undang atau peraturan tetapi jika dilakukan perbincangan secara berhikmah maka ianya boleh diselesaikan dengan baik.


Berbalik kepada Ibrahim Al-kataki. Mengapa bersuara di dalam isu yang masih kabur ini? Di mana suara beliau apabila terdapat dua tiga orang Cina ingin menyaman Kerajaan Negeri Kelantan kerana mengharamkan judi di negeri tersebut? Bukankah Kelantan negeri Ibrahim? 


Adakah jika Ibrahim menyokong ketegasan Kerajaan Negeri Kelantan bererti Perkasa menyokong PAS? Siapa berpolitik sebenarnya? Di mana suara Perkasa tentang pendedahan demi pendedahan dibuat dengan bukti kukuh betapa ada usaha untuk memberikan taraf warga negara kepada rakyat asing secara berleluasa dan mudah hanya kerana untuk membolehkan mereka mengundi? Bukankah ini satu isu yang sensitif dalam soal maruah dan keselamatan negara?


Ibrahim berkata, berhati-hati dengan aktiviti yang bertopengkan kebajikan sedangkan ianya bertujuan untuk merosakkan akidah umat Islam. Saya amat bersetuju dengan Ibrahim di dalam soal ini, sebab itu langkah Kerajaan Negeri Kelantan menentang penjualan loteri kebajikan itu amat tepat sekali. Malangnya, terdapat undang-undang yang melindungi aktiviti yang kononnya untuk kebajikan tersebut. Siapa yang buat undang-undang berkenaan? Di mana suara Perkasa kepada si pembuat dasar dan undang-undang tersebut? Siapa yang berpolitik sebenarnya?


Ibrahim Al-kataki tidak perlu untuk menunjukkan kehebatannya memperjuangkan Islam selagi beliau sendiri banyak merapu tentang Islam. Fitnah beliau terhadap perjuangan BERSIH sebelum ini sudah cukup kita mengenali siapa Ibrahim Al-kataki. Perjuangan beliau di dalam Perkasa tidak mempunyai hala tuju melainkan untuk menjadi `pengampu' nombor Wahid kepada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment