Thursday, August 11, 2011

Satu lagi projek Mejahanamkan Negara

5,000 keturunan Myanmar didaftar sebagai pengundi di Terengganu



DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu. 

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini. 


Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain. 


“Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH

No comments:

Post a Comment