Monday, August 15, 2011

Pertemuan PAS-JAIS batal atas nasihat Sultan

NONEPembatalan hasrat PAS bertemu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - yang dijadualkan hari ini - berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, baginda "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.


"Memang kita minta hari ini (berjumpa), tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan. MK


"Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.


Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.


"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.


azlan"(Sebab) itu kita nak jumpa, JAIS kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa.


Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau difahamkan laporan siasatan lengkap berhubung insiden tersebut akan selesai selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.


"Saya anggap tempoh masa yang begitu lama, akan timbul bagai-bagai kontroversi yang tidak baik kepada berbagai-bagai pihak.


"Harap JAIS cepat siapkan siasatan. Kami terus berharap selesai (siasatan) itu, JAIS akan bertemu dengan PAS selepas lengkap siasatan," katanya.


Tegasnya, siasatan perlu diselesaikan segera bagi meredakan isu tersebut dari timbulnya pelbagai spekulasi yang tidak sihat khususnya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

No comments:

Post a Comment