Tuesday, August 23, 2011

Permohonan maaf Kompas sangat "Ganjil"


Artikel cincin 24 juta dalam Kompas tidak ditarik balik!

STESEN Televisyen propaganda nombor satu Malaysia, TV3 menyiarkan satu laporan khas permohonan maaf oleh akhbar Indonesia, Kompas kerana menyiarkan laporan cincin 24 juta milik Rosmah Mansor yang didakwa oleh TV3 sebagai tidak tepat.

Bagaimanapun, permohonan maaf dari akhbar Kompas itu dilihat sangat ganjil. Jika laporan isu cincin di Akhbar Kompas tempoh hari boleh dianggap sebagai satu makian atau carutan kepada Rosmah Mansor, maka makian dan carutan itu masih belum berhenti sehingga ke saat ini.

Mana tidaknya, walaupun TV3 mendakwa akhbar Kompas sudah memohon maaf, namun artikel tentang cincin 24 juta milik Rosmah Mansor serta dakwaan yang mengaitkan Datin Seri dengan mafia Russia tidak ditarik balik.

Apalah maknanya permohonan maaf seseorang jika mulutnya masih terus memaki hamun? Artikel bertajuk"Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar" masih terpampang di laman sesawang Kompas sehingga ke saat ini [Kompas]

Kelihatannya, permohonan maaf ini sekadar menambahkan lagi populariti isu cincin mewah milik Rosmah Mansor dari dunia internet ke dalam perbualan harian rakyat di luar sana. Ini berikutan bantuan TV3 yang mempopularkannya.

ReJaM© "Kompas ikhlas minta maaf atau dibayar untuk minta maaf?"


BACA >>> Propaganda diTV3 : Nak jatuhkan sape ni? Najib atau Presiden Gerakan

No comments:

Post a Comment