Tuesday, August 16, 2011

PELURU Umno sudah tidak kenal kawan dan lawan lagi.

GERAKAN PERLU KELUAR DARI BN UNTUK MENGAJAR UMNO

PELURU Umno sudah tidak kenal kawan dan lawan lagi. Ini menunjukkan bahawa parti sekular Melayu ini sudah semakin hampir ke penghujung usia.

Setelah puas membelasah PAS dengan berbagai gelaran buruk termasuk sesat, kemudiannya tidak malu-malu mempelawa PAS bersama Umno kemudian ditolak oleh PAS, kini giliran Gerakan parti sekutunya sendiri menjadi sasaran Umno.


Suara Umno ini diluahkan oleh akhbar milik mereka, Utusan yang berterusan menyerang Gerakan terutamanya Presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon. Terbaru Presiden Gerakan ini dicabar untuk bertanding di P.Pinang bagi mengukur sokongan rakyat P.Pinang terhadapnya.


Suara Ezam raja sesumpah semakin lantang mengkritik bekas KM P.Pinang ini hanya kerana Koh tsu Koon menentang cara Ezam sesumpah berdepan dengan Malaysiakini dan Malaysian Insider. Rupa-rupanya semenjak Ezam sesumpah `beriman' dengan Umno, beliau tidak boleh ditegur atau dikritik. Apa yang keluar dari mulut muncung Ezam sesumpah pastinya disambut oleh juak-juak Umno P.Pinang dari golongan `geng roti canai' diketuai oleh Reezal Naina Merican.
ezam mohd noor at mca function

Ahad lalu, Utusan memetik Ezam sesumpah yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider. 


Teruk sangatkah Koh Tsu Koon jika dibandingkan dengan KM Sarawak, Taib Mahmud? Mengapa sibuk menekan Koh Tsu Koon tetapi Taib Mahmud sedang goyang kaki dengan kekayaannya di Sarawak? Ini adalah kerana Gerakan pada pandangan Umno sudah terlalu lemah dan Umno sudah menjadi tabiatnya hanya mahu berkawan dengan golongan yang kuat sahaja.


Sebab itu Umno beriya-iya mahu PAS bersama Umno, kerana PAS kini sudah kuat dan gagah. Percayalah, Taib Mahmud terselamat di kerusinya sekarang adalah kerana parti PBB sekarang masih kuat. Tunggu sahaja PBB lemah seperti Gerakan nanti.


Seorang lagi katak dari Bayan Baru, Zahrain pula tidak sedarkan diri menasihat parti lain sedangkan beliau sendiri tidak berparti. Zahrain berkata melalui Utusan, jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Adakah Zahrain juga merasai dia terlalu berkaliber sebagai `katak'? 


zahrain hashim parliament 180310"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain.


Jika inilah hujah Zahrain, beliau juga patut meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak P.Pinang sekarang kerana beliau tidak berwibawa membawa Tim Bola Sepak P.Pinang ke arah yang lebih baik malahan lebih teruk. Oleh kerana terlalu berpolitik, Zahrain gagal berfungsi di situ.


Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.


Satu cara terbaik buat Gerakan untuk mengajar kesombongan Umno adalah dengan cara Gerakan keluar dari Bn dan menyertai Pakatan Rakyat. Dengan cara ini, Umno pasti tahu betapa langit itu tinggi atau rendah bila mana Gerakan dan DAP bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

NONEBagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'. 


Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus dipermainkan. Oleh yang demikian, Gerakan mesti memahami betapa partinya itu tidak lagi diperlukan oleh Umno sebagai rakan di dalam Bn./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment