Monday, August 8, 2011

Patutlah!!! Rupa2nya projek Biometrik ada KETAM bawah jeti kikiki !!!

Betulkah Menantu TPM Dapat Projek Biometerik?


KETIKA menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan. Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain. Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.

Saya sambil membetulkan samping akur dengan tarikan tangannya. Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan. "You kena dedah ini untuk kebaikan negara. Negara kita sudah habis," katanya. Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Perak yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi.


"Biar rakyat tahu, dan jangan sampai rakyat dan negara terus kerugian," katanya bersungguh. Iya..iya saja apa yang diberitahunya. Kawan ini lalu bercerita bukan main serius lagi, siap dengan mimik muka dan mata yang terkebil-kebil. Peliknya dia selalu menceritakan sesuatu dan memberi maklumat tambahan tetapi tidak mahu tulis sendiri. Setahu saya dia juga ada blog yang dibangunkan dengan penuh kerahsiaan.


Apa ceritanya? Ceritanya sudah saya ketahui serba sedikit sebelum ini. Ia ini mengenai penglibatan menantu Timbalan Perdana Menteri, Udin anak Yassin dalam dunia perniagaan. Menantu Udin anak Yassin itu dikatakan mendapat kontrek membekalkan komputer untuk sistem biometerik yang bernilai berjuta-juta ringgit yang hendak dilaksanakan kini.


Menurut kawan itu menantu Udin anak Yassin dikatakan memperolehi tander membekalkan komputer kepada lebih 300 buah syarikat yang mendapat tander untuk menguruskan Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam program pemutihan. Kawan itu siap sebut dengan nilai dan juga keuntungan yang diperolehi syarikat menanti Udin anak Yassin itu.


Katanya peruntukan untuk membekalkan komputer kepada 300 syarikat saja melibatkan RM15 juta dan peruntukan untuk Jabatan Imigresen RM16 juta. Jumlah itu katanya belum untuk Polis, SPR dan lain-lain.


Apa yang kawan itu persoalkan syarikat itu baru saja ditubuhkan dan tidak pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Bukan itu saja tambahnya ada lagi hal-hal yang ganjil yang berlaku di sebalik tander berkenaan.


Sebenarnya saya tidak pelik dengan kejadian seperti itu. Sebelum ini pun sudah banyak kali kita dengar kroni PM dan menteri mendapat projek itu dan ini. Dr Mahathir bergaduh dengan Anwar bukan fasal liwat sangat tetapi fasal Anwar cegah kerajaan bailout syarikat anak Mahathtir yang hendak mampus dan mengalami kerugian berbillion ringgit.


Itulah puncanya. Sebab itu Mahathir marah dan terkilan dengan Anwar. Mahathir merasa tindakan Anwar itu bagaikan lumoran tahi ke mukanya sebagai PM dan menganggap Anwar tidak mengenang budi. Cuba kalau Anwar menyokong bailout syarikat anak Mahathir itu mungkin Anwar tidak terpenjara dan nasibnya tidak jadi seperti hari ini.


Begitu juga di zaman Abdullah Badawi jadi PM. Kisah menantunya Khairy Jamaluddin dijaja dan dijual mendapat berbagai projek. Malahan Khairy dikatakan mempunyai kuasa pemutus dalam pentadbiran Abdullah terutama melihat projek-projek besar.


Kesimpulannya apa yang diceritakan oleh kawan itu tentang penglibatan menantu TPM dalam perniagaan tidak menghairankan. Cuma apa yang dibimbangkan kalau semasa bapa mertua jadi TPM menantu sudah untung besar bagaimanalah nanti setelah bapak jadi PM tentu untung berlipat kali ganda lagi.


Harap-harap ada orang akan hantar gambar menantu Udin anak Yassin untuk sama-sama kita tetap dan juga nama syarikatnya untuk kita semak berapakah modal berbayar di dalam syarikat berkenaan dasn siapa-siapa lagi rakan kongsinya. Jangan-jangan syarikat RM2 sahaja? [ttdi.kl.4:55 pm 08/08/11] - MSO

No comments:

Post a Comment