Tuesday, August 9, 2011

Panas!!! Hishamuddin antara yg akan di Gugurkan..???

GUGURKAN MUKRIZ MAHATHIR, GANTIKAN DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN


Perang merebut jawatan di dalam kabinet baru yang bakal dirombak oleh Najib Abdul Razak sudah berlaku secara terang-terangan. Pasukan atau simpatisan Khairy Jamaluddin sudah mula mengeluarkan hujah, dalam semua bentuk media dan khabar angin tentang kekananan Khairy Jamaluddin untuk menduduki sebarang imbalan jawatan kabinet.

Blogger Sakmongkol AK47 sudah pun berterus-terang. Di dalam blognya (Sakmongkol AK47) blogger yang merupakan bekas ADUN Pulau Manis dari tahun 2004-2008 (ADUN zaman Abdullah Badawi) menyatakan lima orang pemimpin UMNO wajar digugurkan daripada kabinet kerana hanya bertindak sebagai 'penghias'. Mereka yang dimaksudkannya adalah Mukriz Mahathir, Hishamuddin Hussein Onn, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan dan Anifah Aman.


Menurutnya lagi, Najib Abdul Razak sewajarnya memutuskan terus hubungan atau bayang-bayang pentadbiran Dr.Mahathir dan mencipta kegemilangan dengan pasukannya sendiri.

Aneh benar saranan bekas ADUN yang dinaikkan pada ketika Khairy Jamaluddin menjadi anak muda yang paling berkuasa dahulu. Ketika bukan sahaja Pakatan Rakyat melihat Khairy sebagai bebanan buat UMNO, bahkan ramai dari kalangan UMNO sendiri yang ingin bisul ini dibuang segera, ada pula saranan agar ia diserap menjadi sebahagian daripada pentadbiran. Lebih aneh, ketika Najib disaran memutuskan atau keluar dari bayang-bayang Mahathir, Presiden UMNO itu disaran pula untuk mengutip sisa-sisa dan bangkai berulat dari zaman Abdullah Badawi.

Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang gagal meneruskan kecemerlangan 22 tahun Mahathir, sama ada dari segi sosial, politik mahupun ekonomi, apatah lagi agama. Pasti ramai yang masih tersenyum apabila mengingati semula Islam Hadhari yang dicetuskannya tetapi Hadhari itu sekadar berlegar-legar di kalangan golongan yang rapat dengannya sahaja. Contoh terbaik, perkampungan Hadhari di Terengganu dengan Masjid Kristalnya.

Kita tunggu, apa pula jawapan dan serangan daripada pasukan Mukriz, pasukan Puad Zarkashi, pasukan Ahmad Maslan, pasukan Anifah Aman, pasukan Hishamuddin dan jangan lupa juga pada pasukan baru iaitu PASUKAN EZAM MD.NOR!

Geng-geng UMNO ni memang PAK LAWAK




No comments:

Post a Comment