Monday, August 1, 2011

Najib cuba tutup *Pergeserannya" dgn Muhyiddin

najib at ukec student forum 310711Najib elak bincang "Melayu dahulu, M'sia kemudian"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengelak mengulas kenyataan timbalannya bahawa beliau adalah “Melayu terlebih dahulu, manakala Malaysia di tempat kedua”.

"Saya tidak akan jawap soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Katanya, semua mereka yang menganggotai jemaah menteri adalah sehaluan dan mengikut arahan yang sama.

"Percayalah saya, 1Malaysia akan menjadi pedoman kita. Kita akan adil dan berpandukan perlembagaan,” kata Najib yang cuba mengelakkan isu berkenaan.

ukec forum studentsPerdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sidang medianya di parlimen tahun lalu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia.- MK


No comments:

Post a Comment