Thursday, August 11, 2011

M'sia antara "TOP 10" negara sekat kebebasan agama

azlanUntuk pertama kalinya, Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang mengenakan sekatan ke atas kebebasan agama yang berbeza.

Menurut kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada di kumpulan yang sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.


Berdasarkan kajian selama tiga tahun di 198 buah negara dari tahun 2006, Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati bahawa Malaysia adalah negara kelima yang merakamkan peningkatan ketara yang mendadak dalam mengenakan sekatan kebebasan beragama.


Menurut pusat itu, sekatan di seluruh dunia terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 dan 2009 di 23 buah negara, termasuk di Malaysia dan Mesir.


azlanKaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.


Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan.


Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu.


Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald.


azlanTindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu.


Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia. - Mk

No comments:

Post a Comment