Tuesday, August 9, 2011

MCA sedia tendang Najib

Orang atasan MCA sedia ketepikan Najib untuk Muhyiddin?Pemimpin tertinggi MCA sedia ketepikan Najib untuk Muhyidin...


Seseorang daripada parti MCA mengatakan bahawa terdapat masalah dalam pakatan Barisan Nasional kerana para peneraju parti tersebut sedang mengatur strategi mereka agar selari dengan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Perkara ini jelas berlaku terutamanya dalam parti MCA kerana menjangka Muyhiddin akan menerajui BN kelak.


“Pembelian insurans politik ini penting disebabkan penularan skandal dan kesilapan pentadbiran Najib Tun Razak dalam menangani isu-isu yang wujud sekarang” kata orang MCA itu.



“Tak perasankah kamu sekarang Timbalan Presiden Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda Wee Ka Siong sentiasa dilihat berada di sisi Muhyiddin sekerap yang boleh?”



“Kedua-dua mereka mempunyai agenda tersendiri tetapi keutamaan sekarang adalah untuk menyingkirkan Najib.”



“Bagi Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA pula, hubungan beliau dengan Muhyiddin sememangnya kukuh kerana beliau sendiri mempunyai kerjaya politik di Johor.



Bukan itu sahaja, Chua juga mempunyai hubungan erat dengan Hishammuddin Hussein, seorang Naib Presiden UMNO yang juga berasal dari Johor.



Banyak spekulasi telah dibuat dan diterbitkan dalam blog-blog yang mengaitkan Chua dengan Hishammuddin dengan orang atasan Ecovest. Ecovest merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepetingan yang besar di Johor terutamnya dalam Iskandar kata orang MCA itu lagi.



Menurut beliau juga, perkembangan politik ini dan usaha untuk dilihat sebagai orang baik di mata Muhyiddin menunjukkan bahawa mereka bertiga sedang bersiap sedia untuk menyingkirkan Najib dan menyatakan sokongan terhadap kebangkitan Timbalan Presiden itu.

-Lee Kee adalah seorang pembaca Malaysia Chronicle

Sumber

No comments:

Post a Comment