Monday, August 1, 2011

Lagi Parti Berasaskan "BANGSA" menjadi sekutu BN

MIUP Anggota Sekutu Terbaru BN.

Satu lagi parti baru yang diterima sebagai anggota bersekutu Barisan Nasional, Parti Bersatu India Malaysia, MIUP, secara rasminya beroperasi di ibu pejabatnya di Segambut.

Parti dinaungi Datuk S. Nalakaruppan sejak lima tahun lalu kini mempunyai lebih 20 ribu ahli berdaftar.

Ibu pejabat MIUP dirasmikan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain MIC, PPP dan IPF, MIUP ditubuhkan bagi memperjuangkan kaum India di negara ini.

Majoriti ahlinya masyarakat India dari Johor, Perak dan Kedah.

MIUP menggunakan simbol matahari dan warna biru, merah dan kuning sebagai lambang semangat perpaduan mereka.

Datuk Nalla sebelum ini bekas Ketua Cabang PKR Kepong.


No comments:

Post a Comment