Saturday, August 6, 2011

Kerana POLITIK kata mereka di perlukan - Blogger UMNO


Begitu ramai Pendatang Tanpa Izin di daftarkan di negara kita, sampai berjuta dan tidak ada kening yang naik, tidak ada soalan yang tanya kenapa, tidak ada rakyat yang kisah bahawa negara kita sudah di landa Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan mereka tengah dalam proses untuk menjadi imigren yang sah di negara kita.

Kenapa PATI tidak di hantar pulang ? Siapa yang sebenarnya membenarkan mereka menduduki kawasan kawasan panas seperti di Kampung Baru, Chow Kit, Tunku Abdul Rahman, area area Sogo, Masjid India, Petaling Street dan terus merebak ke negeri negeri lain di negara. Sabah dan Sarawak sudah lama PATI duduk tanpa risau di halau oleh Polis / Imigresen atau badan yang lain. Negara kita mungkin adalah negara yang paling banyak badan berkanun yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka tetapi hanya melihat, mempoket dan meneruskan seperti tidak ada masalah lama sudah.


Polis, Polis Bantuan, Rela, Gerak Khas, Gerak Am, Pasukan Bantuan, Imigrisen, Perisik Tentera, Special Branch semua pasukan yang kita hormati tetapi negara di huni berjuta PATI sampai tidak dapat buat apa apa lagi. Kenapa ? Kerana POLITIK kata jangan ? Kerana POLITIK kata mereka di perlukan ?


Seperti Menteri Dalam Negeri kata tak lama dulu, RM10000 untuk satu orang dari Bangladesh, kalau ada 500,000 PATI Bangladesh di Malaysia, bayangkan yang untung dari mereka dalam jangka berapa ? Siapa yang berani lawan orang seperti ini ? Siapa yang berani ambil tanggungjawab untuk menghadapi masalah ini ?


Jadi sekarang PATI di daftarkan dan uru ura mereka akan di gunakan untuk mengundi dalam Pilihanraya UMUM depan. Adakah ini satu jenaka atau memang akan jadi ? - kritis-online

No comments:

Post a Comment