Sunday, August 14, 2011

Jurublog UMCO, Ramadan Pun Sebar Fitnah, Tayang Video Lucah



Artikel dengan tajuk yang memaparkan hujah jahil ini disertakan sebuah video klip.  Video klip ini memaparkan ceramah Nurul Izzah dan Ustaz Kazim tentang isu yang membabitkan kes fitnah liwat, video seks serta hukum Islam yang berkaitan dengan isu tersebut.



Tonton videonya di sini:


Popout


Kata tukang komen, video itu kelihatan telah diedit. Saya tidak tahulah sama ada video yang memaparkan ceramah Ustaz Kazim ini diedit atau tidak. Namun, jika mahu dikaitkan dengan kes video seks fitnah DSAI memang saya tidak setuju langsung. Bukannya taksub, tetapi jelas fitnahnya. Bagi yang mengikuti kes ini, maka anda tahulah sebab saya mengatakan demikian. Sekurang-kurangnya bacalah artikel ini: 50 Dalil Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara Kantoi, [Video-Wajib Tonton] Pendedahan Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara[Wajib Baca] Persamaan dan Perbezaan Video Seks Fitnah 1999 dan 2011


Video yang memaparkan ceramah ustaz ini menjadi MODAL BESAR jurublog UMCO. Penyebaran video ini bertujuan untuk MENGHALALKAN bukti video seks fitnah yang dikaitkan dengan DSAI dengan menggunakan hujah QARINAH yang dijelaskan oleh ustaz ini. Bagaimana mahu menggunakan bukti video sedangkan video itu AMAT meragukan? Ustaz ini juga mendakwa bahawa rogol itu terletak di bawah undang-undang berkaitan dengan zina. Penjelasan ustaz ini langsung TIDAK disertakan dalil dan ayat al-Quran. Kata-kata semata-mata. Keliru dan mengelirukan!  
Apabila menyentuh tentang zina dan rogol, saya lebih yakin dan berpegang pada hujah Dr Asri seperti di bawah ini. Ada beza rogol dengan zina. Penjelasan Dr Asri ini disertakan hujah dalil, dan ayat al-Quran tertentu.
Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini...sambung di sini.
Tonton video Dr Asri yang mengupas isu video seks fitnah yang dikaitkan dengan DSAI:
Popout


 Menyentuh tentang ketulenan video, mengapa sehingga sekarang pihak polis masih tidak mengesahkan pelaku dalam video seks itu? Mereka dakwa pakar Amerika Syarikat mengesahkan pelaku 99.99 peratus mirip DSAI. Namun apabila dihubungi media, pakar-pakar ini enggan memberikan penjelasan. Malah pihak polis juga sehingga kini gagal memberikan penjelasan dan pengesahan.

Tanpa mengira dosa dan pahala, bulan Ramadan atau bulan yang lain, blog yang sama juga masih menayangkan video klip lucah fitnah yang didalangi Datuk Trio. Lihat sreenshot di bawah ini: Full version video seks Anwar Ibrahim.CLICK BELOW HERE!! Bayangkan berapa banyak dosa dia dapat setiap kali video itu ditonton orang.  DOSA? Anda fikir mereka tahu apa itu dosa? Anda fikir mereka kisah tentang dosa dan pahala?



No comments:

Post a Comment