Wednesday, August 10, 2011

Isu AIR ASIA dgn MAS : rakyat dinilai seperti budak tadika kata blogger UMNO

Kenapa pada awal Pemilik Air Asia Datuk Seri Tony Fernandez menafikan bahawa ada apa apa atau ada kena mengena dengan syarikat milik nya dengan MAS, dan secara tiba tiba ada satu perjanjian di tandatangan di antara dia dengan syarikat Penerbangan Malaysia iaitu MAS.

Kenapa kedua dua syarikat gergasi ini perlu menukar saham, walau tidak sebesar di hebohkan di alam maya, tetapi cukup besar untuk rakyat syak bahawa ada perjanjian di sebelah yang rakyat tidak ketahui.


Datuk Seri patut ada perasaan syukur bahawa syarikat gergasi nya di beri nafas melalui dana dari Kerajaan yang datang dari hasil titik penuh rakyat negara. Selepas Datuk Seri meletakkan syarikat nya di bawah Bursa Malaysia, lebih lagi dia patut faham bahawa sekarang rakyat jelata yang telah membeli saham nya telah jadi pemilik dan harus di beri jawapan yang munasabah dan bukan di minta tunggu sampai masa sesuai untuk keluarkan kenyataan.


MAS pula adalah syarikat pegangan terbesar oleh Khazanah, yang mendapat dana sepenuhnya daripada Kerajaan yang mendapat dana dari hasil titik peluh rakyat. Ini sekali gus menjadikan kedua dua syarikat gergasi ini milik rakyat, dan patut ada manfaat dan kebaikkan untuk rakyat.


Datuk Seri telah bawa Air Asia dari arang ke syarikat yang cukup besar hari ini. Kalau ada masalah pun, kami rakyat tahu bahawa dia cukup pandai untuk mengatasinya. Apa yang dia tidak boleh atasi adalah campurtangan politik untuk paksa dia lepaskan pegangan supaya dia dapat di kongkong oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang hanya melihat duit di hujung terowong. Ini percepsi sahaja, dan kita akan menunggu kenyataan rasmi dari Datuk Seri. Cukup menilai rakyat seperti budak tadika. Lagi lama Datuk Seri tunggu, lagi banyak isu dan tuduhan akan dikeluarkan rakyat di alam maya.


Akhirnya, seperti MAS WINGS dan anak anak kepada nya, Air Asia akan di serap oleh Kerajaan sekaligus paksa rakyat bayar harga biasa untuk penerbangan di dalam dan luar negara. - kritis-online

No comments:

Post a Comment