Saturday, August 13, 2011

GERAKAN Turut Panggil Zahrain "Katak" Kah kah kah

Buktikan saya tidak lagi releven menerajui parti.


Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya di Pulau Pinang, demikian lapor TV3 di dalam siaran berita utamanya malam tadi.

Presiden GERAKAN itu mendakwa beliau tahu siapa dalang yang disifatkannya "katak politik".


"Pada asalnya saya ingat tak perlu jawab sebab mereka ini katak, tapi sudah jadi satu pattern dan saya nampak corak dan kita memang tahu siapa jadi puppet master atau dalang di belakang. GERAKAN giving warning to this puppet master and all this puppet that if they continue to sabotage GERAKAN and sabotage Barisan Nasional expecially in Penang they will be held resposible."

Sidang medianya itu khusus bagi menjawab dakwaan beberapa pihak yang mempertikaikan reputasi serta kredibilitinya dalam meneraju BN Pulau Pinang.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun itu didakwa
'liabiliti' kepada parti.

Antaranya, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping.

Bagi Tan Sri Koh, individu berkenaan 'buta' kerana tidak melihat perjuangan serta sumbangannya ketika menerajui Pulau Mutiara.

TAN SRI DR KOH TSU KOON/PRESIDEN GERAKAN:

"Over the last 18 years under me Penang has develop tremendously. Look at investment coming in, no doubt Chong Eu lay the foundation with RM4 bilion investment in the 80's and we manage to push RM20 bilion in the 90's and then RM40 bilion in years up 2000 late."

(Selama 18 tahun Pulau Pinang di bawah pentadbiran saya, Pulau Pinang sudah membangun dengan baik sekali, anda boleh lihat pelaburan berterusan. Tidak dinafikan asas pelaburan RM4 bilion diletakkan oleh (Tun) Lim Chong Eu pada 80an dan kami mampu untuk meningkatkan kepada RM20 bilion lagi pada 90an, kemudian RM40 bilion lagi pada akhir tahun 2000.)

Tumpuannya kini terarah kepada usaha memulihkan ekonomi dan memperbaiki sistem politik pada pilihanraya umum akan datang.

Namun, tegasnya, tidak akan berdiam diri dan membiarkan dirinya terus diserang.

Rakyat tidak mahu Tsu Koon


Kepemimpinan BN negeri perlu dirombak jika mahu rampas Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Rakyat Pulau Pinang mahu perubahan daripada kerajaan DAP, tetapi tidak ada pilihan kerana mereka juga tidak mahukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus menerajui kepemimpinan negeri itu.


Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, Barisan Nasional (BN) perlu merombak kepemimpinan parti itu jika ingin merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang termasuk menggantikan Tsu Koon yang ternyata sudah ditolak rakyat sejak pilihan raya umum 2008.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring. - Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru. “Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan merasa selesa dan tidak mempunyai saingan sekiranya Tsu Koon terus kekal menerajui BN negeri kerana bekas Ketua Menteri itu kini sudah tidak relevan dan hilang taring.


“Rakyat sedar dengan kepemimpinan Guan Eng yang dikatakan zalim, perkauman dan pembohong itu tapi mereka dalam dilema kerana yang mahu menggantikannya juga bermasalah, ” katanya kepada media di sini, semalam.


Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima pelbagai kritikan kebelakangan ini kerana dianggap sebagai liabiliti kepada BN untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri.


Zahrain berkata, BN mempunyai ramai pemimpin berkebolehan serta mempunyai faktor boleh menang dan mereka seharusnya diberi ruang bagi mengelakkan Guan Eng terus kekal serta membentuk dinasti pemerintahannya.


“Saya bercakap perkara ini sebagai seorang pemerhati dan melalui maklum balas rakyat di Pulau Pinang. Bagi saya, Tsu Koon sudah tidak laku.


“Tidak kira UMNO, MCA atau MIC untuk menggantinya, pokoknya mestilah seorang seorang pemimpin yang diterima rakyat,” katanya. -BH 
GB

No comments:

Post a Comment