Thursday, August 4, 2011

Dalang nya dari "orang kuat Umno" sendiri - Satu Tamparan buat Najib..

Umno BN menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman Umno.




Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Alil berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke -13.


"Ada satu gerakan serius dalam Umno nak minta Najib berundur kerana Najib dilihat liabiliti kepada BN dan akan beri kesan negatif dalam pilihan raya akan datang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.


Beliau juga menegaskan, pertemuan di antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh seperti dilaporkan media tidak wujud sama sekali.


“Ini sebenarnya bukan isu dan tidak relevan baik di peringkat Pakatan Rakyat atau PAS tak pernah bincang perkara ini.


“Tak ada pertemuan di antara Tuan Guru Nik Aziz dan beliau sendiri pun sudah buat penafian tapi masih ditimbulkan media,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai gerakan yang didakwanya itu, Mustafa berkata gerakan itu sangat kuat dan bermatlamat untuk menyingkirkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebelum PRU yang dijangka akan diadakan awal tahun hadapan.


Beliau bagaimanapun berkata belum masanya untuk beliau mendedahkan dalang di sebalik gerakan yang dimaksudkan itu.


“Buat masa ini saya tak berniat nak dedahkan siapa yang ada dalam gerakan itu tapi ia satu gerakan yang kuat daripada orang kuat Umno sendiri,” katanya.


Namun katanya, Najib mengetahui tentang kewujudan gerakan ini dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno mahupun Perdana Menteri meskipun banyak salah laku yang dikaitkan dengan beliau dan Rosmah.


“Banyak isu yang berkait dengan Najib dan Rosmah. Di samping isu Scorpene di mana kes ini dibawa oleh Suaram ke mahkamah Perancis dan peguamnya yang datang ke Malaysia baru-baru ini dihantar pulang dengan segera supaya tidak mendedahkan pembelian kapal selam itu.


“Ini dilihat satu tamparan kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment