Saturday, August 6, 2011

Bukti atau media UMNO/Bn cuba bermain api dan Menutup Isu "Mismah"

Miskin Bawa Kafir, Bagaimana Solusi?
BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.
BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.


Cerita 1
KL 8 0g0s 11: myMetro melaporkan, beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.


Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.


Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.


Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.


Sebelum ni...
Cerita 2
Serbu Gereja: Siasat 12 Islam Hadir -JAIS
JAIS Perlu Jelaskan Mengapa Serbu Gereja Methodist...


Sementara itu menurut sumber lain semalam, PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.


“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.


“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.



CERITA 3

Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.


Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.

Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu.

 (Dalam perkara ini,siapa yg nak dipersalahkan,apa yg berlaku kpd ibu2 tunggal ini??Dimana Jais,Jakim,Persatuan Ibu Tunggal dan NGO-NGO Islam?? 

Kpd NGO-NGO Islam,tak payah pergi lah jauh sangat,sampai menyabong nyawa utk membantu penduduk2 Pelestine disana.Disini (Malaysia) byk yg perlu dibantu.Kpd pendakwah dan penceramah Islam,bantu lah mereka ini,luangkan lah masa utk berdakwah kpd mereka,jgn lah pandang pd wang ringgit,lakukan lah secara sukarela).

pihak kami mendapat email dari orang yang tidak dikenali dan menceritakan perkara tersebut. cerita ini pun sudah pun tersiar kat blog-blog lawan. kami menyiarkan cerita ini sebagai rujukan sama ada betul atau tidak. kami mahu berada di pihak yang benar, kesucian agama islam tidak boleh dipermainkan. pihak berkuasa harus siasat perkara tersebut. musuh akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan islam. 

disini 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita myMetro di atas, bererti berlakunya 'Miskin membawa kekafiran' di kalangan umat Islam, apakah itu cara penyelesaiannya? Bukankah JAIS dan pemimpin negara (BN) juga terlibat dalam tanggungjawab tercetusnya perkara seperti itu, kerana mereka pemegang amanah umat Islam sejak merdeka? (IH)



PS : Atau menjadikan isu Agama dan Perkauman sebagai talian hayat terakhir UMNO/BN APCO.. media UMNO/Bn sengaja curah api lagi,bakar kasi hangus... 


Kejadian ini telah lama berlaku dan telah ramai orang Melayu yang dah Murtad. Tapi peliknya kenapa kes ini tiba-tiba meletup ketika kes mismah-gate juga sedang meletup.....

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.


ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian.

Sogok wang gadai akidah - Tuk Kiyai

No comments:

Post a Comment