Tuesday, August 9, 2011

Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan.

Apa UMNO peduli dengan masa depan negara.
Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu..




Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.


Begitu juga dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Terengganu menghadapi kerenah pengundi Myanmar melebihi 5 ribu orang yang menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan di Kedah khususnya di Parlimen Kemaman dan Dungun. Datuk Ahmad Said sendiri memenangi Dun Kijal antaranya dengan undi lebih 1 ribu pengundi Burma ini. Apa yang mereka buat? Merayu? Pastinya dengan ugutan.


Kini para PATI didaftarkan dengan biometric khususnya di negeri Selangor. Bilangan yang cukup untuk diagih-agihkan ke dun terpilih bagi memenangkan Umno untuk mendapat simple majoriti untuk kembali merampas Selangor. Najib dah bagi green-light. Apapun Selangor mesti dirampas kembali. Apa mereka peduli dengan masa depan negara.


Hari ini kalau dilihat di Kuala Lumpur seolah-olah Negara sudah dikuasai oleh orang asing. Bahkan pusat-pusat perniagaan maupun rumah penempatan. Orang melayu dah jadi orang asal. Balik dan mula terpinggir. Pendatang Asing tanpa izin ini dianggarkan melebihi 1 juta. Dengan didaftarkan Kerajaan boleh membuat duit senang-senang beratus juta untuk belanja pilihanraya nanti. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah bahkan mengundang makin ramai PATI untuk memasuki Malaysia secara haram dan mereka menunggu untuk didaftarkan lagi.


Itu tak diambil kira pertukaran dengan Kerajaan Australia baru-baru ini. Nampaknya lebih seronok jadi PATI daripada menjadi penduduk tempatan. Berapa banyak duit pembayar cukai yang diperuntukkan untuk mengurus mereka. Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan. Kenapa? Demi survival dan kelangsungan politik Umno-BN. Inilah satu lagi projek Kerajaan Umno-BN.


Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.


"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.


Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran. "Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.


"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya. - ustsaifulbahri

No comments:

Post a Comment