Thursday, August 18, 2011

Bekas IGP pun hilang "TELUR"

Liwat II: Bekas IGP juga enggan jadi saksi pembela

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.

NONE“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya

“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”


Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.

Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.


Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.


Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
mk

No comments:

Post a Comment