Wednesday, August 17, 2011

Bagaimana Lapuran JAIS boleh tersebar kalau bukan kaitannya dgn UMNO

Laporan 'Ops Akidah' JAIS di DUMC disebar di internet


Satu laporan yang dikatakan ditulis oleh seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), telah disebarkan di internet, dengan beberapa blogger mendesak mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut.

NONEDi bahagian akhir laporan bertarikh 4 Ogos itu, yang disebarkan melalui beberapa blog, dan dipetik oleh akhbar harian milik Umno -Utusan Malaysia - bertulis ia disediakan oleh penolong pengarah perancangan dan strategi di bahagian penguatkuasaan JAIS.


Laporan itu juga menyebut ia bermaksud untuk "menjelaskan" apa yang berlaku apabila operasi oleh 13 anggota JAIS dan 20 anggota polis telah dijalankan pada 3 Ogos di Dream Centre di premis DUMC.


Ini berikutan kebocoran video operasi yang sama, beberapa hari yang lalu.


Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan dan sumber laporan tersebut.


Sambil mengulangi bahawa kehadiran mereka di majlis amal anjuran NGO Harapan Komuniti pada malam tersebut, bukan satu 'serbuan', laporan itu menjelaskan bahawa rundingan hampir sejam telah diadakan dengan pihak penganjur untuk membantu siasatan berhubung kehadiran orang Islam di majlis tersebut. - Berita penuh di MK 


Artikel Berkaitan : 


1. Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!!  
2. Isu Gereja : Bukti UMNO terlibat

No comments:

Post a Comment