Tuesday, August 2, 2011

ASTRO PENAIK HARGA JUGAK....MANGKUK BETOI!!!

DEY MACHA!!!
RUPA-RUPANYA ASTRO DAH MULA PENAIK HARGA PAKEJNYA
LAGU MANA KATA KERAJAAN TOLAK CADANGAN ASTRO NAK PENAIK HARGA?
1MALAYA DAH KENA KENCING ???
SEMUA DAH KENA TEMBERANG...
KAH! KAH! KAH!


INI HARGA LAMA UNTUK PAKEJ FAMILY + 1MINI + SPORT = RM70.95 TERMASUK CUKAI KERAJAAN.

INI ADALAH NOTIS KENAIKAN YANG DIKATAKAN MENCANGGAHI UNDANG-UNDANG YANG ADA DI BAWAH AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988.

INI PULAK,BIL TERBARU DARI ASTRO YANG TERANG-TERANG DAH NAIKKAN CAJ...UNTUK PAKEJ FAMILY + 1MINI + SPORT =RM79.45 TERMASUK CUKAI.

APA ADA DENGAN KERAJAAN?
ASTRO PUN DEPA TAKLEH NAK KAWAL
ASALKAN MASYUK,MAMPUIH PI LA DENGAN RAKYAT
KAH! KAH! KAH!

UNTUK RUJUKAN,INI BERITA PADA 1 JULAI 2011:

Kabinet tolak cadangan Astro naikkan harga langganan

KUALA LUMPUR 1 JUL: KABINET pada hari ini memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet di Angkasapuri.

Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

“Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.

Menjelaskan maksud ‘tindakan sewajarnya’, Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Langkah itu menyebabkan sesetengah (sebahagian besar) pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain (segelintir) menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan. — BERNAMA

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Astro mempertimbangkan cadangan PPIM untuk menawarkan pakej pra-bayar kepada pelanggannya tanpa mengenakan caj langganan yang tidak munasabah.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mahu Astro mengambil tindakan segera memperbetulkan polisi dan kadar penyambungan semula dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terutama apabila hujan.

Jelasnya, pada kerajaan pula, PPIM mahu dikaji semula kebenaran yang diberikan kepada Astro menyiarkan iklan TV selama sepuluh 10 minit setiap jam dan seterusnya menghadkan atau tidak membenarkan siaran iklan TV.

“Pihak berwajib perlu memastikan Astro tidak memonopoli secara eksklusif hak siaran rancangan atau acara yang diminati rakyat manakala pengguna yang tidak melanggan Astro masih dapat menonton rancangan atau acara yang diminati secara percuma.

“Kerajaan juga perlu mengkaji semula syarat dan terma lesen yang diberikan kepada Astro memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga menafikan matlamat utama stesen penyiaran TV,” ujarnya.

Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui PPIM menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Sementara itu dalam respon segeranya, pihak Astro akur akan keputusan kabinet yang tidak membenarkan mereka menaikkan kadar harga langganan terbaru sebelum mendapat kelulusan SKMM.-Sumber


No comments:

Post a Comment