Tuesday, August 2, 2011

Alahai Brehim.. MIC persenda LU beb...

Perwakilan MIC bawa katak untuk Ibrahim Ali kah kah kah

Begitulah punya hebat Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memperjuangkan politik perkauman demi untuk mempertahankan kerajaan BN, namun India MIC iaitu parti dalam BN sendiri, hanya mempersendakan beliau sahaja.

Dalam Perhimpunan Agung MIC di Putrajaya kelmarin, seorang perwakilan dari Bukit Bintang, T. Ananthan telah membawa katak (yang sebenar) dan diisi dalam plastik bertujuan menyindir Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Menurut berita The Star, sebelum sempat Ananthan berucap, katak yang dibawanya terlepas melompat keluar.

Katak yang dibawa itu dipercayai bagi menunjukkan perangai Brahim Ali yang suka melompat dari satu parti ke satu parti. Ertinya beliau tidak ada nilai langsung.

Brahim Ali (yang kencing PAS) sejak akhir-akhir ini begitu garang menyerang bangsa lain demi menunjukkan semangat Melayunya (sudah tentu dengan hasrat agar diterima masuk Umno).

Namun dengan berlakunya insiden (yang pertama kali dalam sejarah) ‘mengkatakkan’ beliau oleh MIC ini, semua pihak menunggu adakah beliau selepas ini akan melancarkan ‘perang sabil’ terhadap India MIC pula.

Minggu lalu kecoh cerita Brahim Ali mahu menyumbang biasiswa peribadinya kepada pelajar UiTM terpilih. Namun belum sempat kehendak peribadinya itu terlaksana, hasratnya itu dihentam semahu-mahunya oleh umum terutama di media baru sehinggakan projek tersebut terus batal.

Itulah nasib Brahim Ali yang merasa cukup hebat, tetapi orang hanya melihatnya sebagai tukang lawak saja! - PSRN

No comments:

Post a Comment