Friday, August 26, 2011

"AGAMA" syarat baru daftar pemilih ke????

DAP: 'Kenapa SPR sibuk dengan agama pengundi?'
DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan.


Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini.

Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua.

"Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan.

"Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi.

"Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR.

"Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi.

Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam.

Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan di dokumen berkenaan.

Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi.
Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka.

"Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama.

"Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya.

"(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR.

Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinynatakan di borang berkenaan.

Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod." - MK

No comments:

Post a Comment