Sunday, August 21, 2011

ADUN Kota Siputeh, baru mengenali langit dan bumi

"Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun. (UM)

Dengan kenyataan di atas ternyatalah baru hari ini Datuk Abu Hassan Sarif kenal langit dan bumi apa akibatnya kalau ponteng dari menghadiri sidang DUN.

Apabila seseorang wakil rakyat itu diberi amanah dan dilantik oleh rakyat beliau adalah bertanggungjawab kepada rakyat sepenuhnya.

Suara-suara sejuta pengharapan rakyat di bawah mesti dibela dan di bawa kepada Kerajaan yang memerintah.

Apa kejadahnya kalau wakil rakyat itu ponteng? Dunia maklumat tanpa sempadan hari ini rakyat lebih cerdik dari kebanyakkan wakil rakyat yang ada. 

Amalan meletak tongkol kayu berlabelkan Barisan Nasional sudah berakhir. Wakil Rakyat yang tidak membaca dan ‘zero general knowledge’ akan terkangkang dibuli dalam Dewan Undangan Negeri dan Persidangan Parlimen.

Kesimpulannya PRU13 yang akan datang adalah gelanggang rakyat di mana akan berkhirnya tammadun cucuk hidung. - Mummy Rokiah

No comments:

Post a Comment