Wednesday, July 20, 2011

[Video] Ulama muda umno : Taat pada pemerintah zalim itu wajib?


Satu ulasan dari ulama muda umno. Aku cukup2 pelik melihatkan hujah neh dia. Dia neh tiada kefahaman ke? Tolak semua tuduhan sebab belum terbukti dia kena bayar dan segala bagai tapi cuma focus kepada hujah dia. Korang boleh tengok video di atas. Aku petik sedikit ulasan dia disini;

Hadis tentang ketaatan kepada pemerintah sangat2 jelas. Hadis tentang ketaatan kepada pemerintah walaupun kita tak suka, walaupun kita diseksa, walaupun kita ditangkap, walaupun harta kita dirampas, sangat jelas. Kewajipan mendengar dan mentaati. Hadis2 tentang larangan mencerca pemerintah, memaki hamun pemerintah, sangat jelas Nabi saw larang. <-- Ulama muda umno.

Point aku ;

1. Apakah hadis2 itu? Bagitau hadis2 tersebut dengan jelas sebelum menghujahkan sesuatu. Bagitau apa hadis2 tersebut supaya kita boleh tahu. Kalau dah sangat jelas maka bagitau lah hadis2 tersebut. Apa pasal pula hujah dulu tapi hadis2 yang dihujahkan itu tak dinyatakan pula?

2. Kena faham dulu apa maksud kita tak suka? apa maksud kita di tangkap? Apa maksud harta kita dirampas? Neh seme ada beza dengan maksud kita dizalimi. Boleh jadi kita tak suka pemimpin atas sebab peribadi. Contohnya pemimpin kita gemuk. Arhh tak suka lah. Macam para sahabat2 Nabi saw. Ada yang tak suka. 

So? Boleh jadi kita ditangkap kerana kejahatan kita. Boleh jadi harta kita dirampas disebabkan kezaliman kita. Boleh jadi kita yang jahat terlebih dahulu itu pasal kita dihukum. Setiap hadis yang wujud ia berpaksikan situasi beb. Kenapa tak ulas dari segi pemerintah yang menzalimi rakyat. <-- Ini point kita. Jangan putarbelit main ayat. Direct je bagi hadis mengenai ketaatan kita kepada pemerintah islam yang zalim terhadap rakyatnya.

3. Bab caci maki usah buat nasihat terpilih. Bab caci maki neh semua pun termasuk. Bukan hanya kita tak boleh maki kerajaan, kita pun tak boleh maki pembangkang. Kita pun tak boleh maki hamun orang tak kira lah standard dia pemimpin ke rakyat biasa. Ko masuk media umno online. Ko tak kaji dulu ka cara dorang menulis dan mempromosikan artikel dan blog? Penuh caci maki hamun beb. Sebab tue jangan buat nasihat terpilih. Super impose dan fitnah jangan cakap lah. Lagi berterabur beb. Cam neh ka cara ulama muda umno berhujah? Buat hilang respect je beb.

Nabi saw suruh dia keluar melalak ka? Nabi saw suruh dia keluar mencaci maki pemerintah ka? Nabi saw suruh dia tutup jalan ka? Nabi saw suruh dia sesakkan jalan ka? Nabi saw suruh dia melakukan pembaziran. Semua neh perlu dilihat secara detail. <-- Ulama muda umno.

Bila kita membahaskan tentang demontrasi, saya tak cakap pasal bersih je. Saya bercakap pasal semua demontrasi. Tidak ada manfaat. Pembaziran. Buang masa. Tutup jalan. Manusia bercampur aduk lelaki dan perempuan sebagainya. <-- Ulama muda umno.

Bab demo pula dia pongpang. Hello ulama muda umno. Yang himpunan belia satu malaysia tue tak tutup jalan ka? Tutup juga. Janganlah pongpang2 benda yang ko tatau hal sebenarnya. Dengar atas orang tak sama macam ko buat kajian sendiri. Kenapa masa tue ulama muda umno tak turun padang dan siasat kesahihan nya? Kenapa tak jalan2 time demo bersih? Kenapa tak siasat dan amek tahu? Kenapa malas sangat? Kenapa duduk rumah terima maklumat daripada orang berkepentingan kemudian pongpang2 kutuk bersih? Kenapa tak mau cari kebenaran sendiri? Nak aje ku katakan bingai. Langsung tak cerdik dalam berhujah.

Dok pongpang2 pasal bersih tapi pernah ke dia memahami apa itu bersih? Apa agenda bersih? Macam mana bersih boleh berhimpun di jalan sedangkan lokasi asal ialah stadium? Pernah dia amek peduli? Kalau setakat cedok citer sana sikit, citer sini sikit berhentilah pongpang2 pasal bersih. Tak layak dowh. Orang malas macam neh tak layak berbicara pasal bersih.

Aku tak tahu siapa yang guna hadis pasal jiran untuk menguatkan keharusan demotransi. Siyes aku taktahu. Cuma aku pelik kenapa dia hanya nampak demo = percampuran lelaki pompuan? Yang jom heboh takpa ke? Pembaziran? Yang kerajaan buang duit rakyat untuk projek bangang itu apa pula? Penabungan ka? Bercakap pasal semua demo? Ya ka? Termasuk demo anti israel? Termasuk demo umno yang depan pejabat pkr? Apsal tak keluar hujah neh time umno berdemo? Ka aku yang taktahu?

Dia dok pongpang2 pasal kita kena ikut keseluruhan isi Alquran. Memang betul. Dah tue apa yang dia tunggu lagi? Pergi lah nasihatkan najib.Buat apa pongpang2 kat kita? Kan najib yang berkuasa untuk gubal negara agar menepati isi kandungan Alquran? Dia fikir kita pegang negara ka? Suara majoriti kalau berpaksikan kepada kebenaran tak salah ikut. Bukan ikut suara majoriti je beb. Tapi paksi itu yang penting. Kalau dah majoriti paksi nya kepada kebenaran kan selari dengan perintah Allah swt? Jadi apa isu sekarang neh?

Lagi2 pongpang2 kait Nabi saw. Nabi saw memang takde suruh buat benda2 macam tue. Spesifikasi. Macam Nabi saw tak suruh ko pongpang2 dalam video di unit media umno. Nabi saw suruh ko masuk video ka? Nabi saw suruh ko jalan2 kat pwtc ka? Tak pun. Jadi apsal ko masuk video? Apsal ko berjalan2 kat pwtc? Apasal? Nabi saw tak suruh apsal ko buat? Jadi manusia jangan membuat nasihat terpilih. Kalau nasihat aje dah bias ko pikir orang akan respect hujah2 ko? Sorry beb. Buang masa je.

Lagi satu aku nak hujahkan pasal imam malik. Kebelakangan neh aku nampak blogger umno kerap menggunakan imam malik untuk defend pemimpin dorang. Marilah aku huraikan serba sedikit yang aku tahu. Imam malik memang taat kepada pemerintah. Imam malik memang dekat kepada pemimpin. Imam malik berdakwah kepada pemimpin. Itu sebab dia dekat kepada pemerintah negara pada era dia. 

Imam malik bukan macam jamil khir dan ulama muda umno. Imam malik hanya mengeluarkan fatwa yang selaras dengan Alquran dan hadis Nabi saw. Imam malik pernah diseksa kerana enggan mengeluarkan fatwa yang memihak kepada pemerintah. Yang neh blogger umno maybe terlepas pandang.

Imam malik juga sering mendapat hadiah dan wang daripada pemimpin. Hadiah dan wang itu kemudian diberikan kepada fakir miskin dan anak2 murid dia yang miskin. Imam malik tahu pemimpin dia mengambil harta baitulmal untuk agihkan kepada dia. Tapi kenapa dia tak menolak? Sebaliknya dia ambil? Ini lah peranan dia. Dia amek dan dia salurkan sendiri kepada fakir miskin. Ini sikap jamil khir dan ulama muda umno ka?

Imam malik beberapa kali menolak jawatan kerajaan. Dia menggunakan sepenuh masa untuk belajar dan mengajar. Pemimpin era dia walaupun ada yang kejam dan bergolak situasi nya tetapi kebanyakkan dari mereka respect imam malik. Kebanyakkan dari mereka tidak menfitnah dan tidak pula tutup kelas pengajian imam malik meskipun apa yang disampaikan imam malik secara tidak langsung terkena gak kepada batang hidung mereka. Yang neh blogger umno takmo cerita ka?

Apabila bertemu pemimpin, imam malik menghabiskan masa untuk mendakwahkan pemimpin. Imam malik tidak membodek dan mengampu pemimpin. Adakah ini juga yang dilakukan oleh jamil khir dan ulama muda umno? Jika umno hidup di zaman itu sudah pasti lah imam malik akan difitnah sesat. Sudah pastilah sekolah imam malik akan ditutup. Ini kerana umno lebih kejam daripada pemerintah imam malik. Sekurang2nya pemerintah imam malik makan nasihat, tapi umno?

Nak banding akhlak pemimpin imam malik dengan pemimpin umno pun jauh api dengan panggang. Apatah lagi nak banding situasi ketika imam malik taat kepada pemimpin dengan situasi kita. Setaat2 imam malik kepada pemimpin, taat lagi dia kepada Allah swt. Sebab itu apabila perkara yang melanggari hukum Allah swt jadi pertaruhan dia mempertahankan hukum Allah swt habis habisan. Sebab itu aku nak pesan sket kepada blogger umno.

Jangan suka2 guna nama imam malik dalam menguatkan hujah untuk defend pemimpin2 hina korang. Ini kerana korang bukan faham sejarah kehidupan dan ijtihad imam malik sepenuhnya. Silap2 nama sebenar imam malik pun korang tatau. Imam malik ialah guru kesayangan imam shafie'. Kita sekarang guna mahzab shafie'.  Kalau berani mari kita sama2 berijtihad dalam mazhab shafie' sepenuhnya. Boleh? 

Nota : Jangan lupa yang umno suka melabel, menuduh dan merendah2 hampir kesemua pemimpin pembangkang. 

Lagi satu aku nak korang baca sini. Adakah syeikh yusoff Alqardhawi kini sesat? Antara isi kandungan ;
“Perkataan ini adalah satu kesesatan yang nyata.Sekiranya yang beliau maksudkan adalah untuk melebihkan kaum Yahudi sehingga mengatasi Allah Subhaanahu wa Ta’ala, maka beliau telah kafir.
Ameno : Gunakan nama ulama untuk taat kepada pemimpin botak? G mamposlah weh. Umno tak boleh demo bila demo dia tak dapat sambutan. Time demo dapat sambutan, ulama muda umno bisu.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/ulama-muda-umno-taat-pada-pemerintah.html#ixzz1ShOJtvGO


No comments:

Post a Comment