Tuesday, July 12, 2011

Urutan Peristiwa Kematian Pada Hari BERSIH



AllahyarhamEncik Baharuddin Ahmad merupakan bekas anggota tentera Malaysia dan yang kinimenjadi anggota polis simpanan telah disahkan mati oleh Hospital Kuala Lumpursetelah ditemui pengsan sewaktu menyertai demonstrasi di KLCC.



Polisbagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. Berikutadalah laporan daripada Kosmo bertarikh 10 Julai 2011[1]:
Polis mengesahkan kematian seorang pemandu teksi berusia 59tahun yang menyertai perhimpuan haram di kawasan KLCC semalam adalah akibatkomplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata sepertididakwa pihak tertentu.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DatukAmar Singh Ishar Singh berkata, polis menafikan bahawa kematian Baharudin Ahmadberpunca daripada sebarang tindakan mereka.
"Kematian ada tetapi kematian itu tidak ada kaitandengan tindakan yang diambil polis dan sebagainya, doktor yang merawatnyamengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada komplikasi jantung,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
"Semasa bedah siasat malam tadi pada pukul 11.30malam oleh pakar perubatan yang berkhidmat bernama Khairul, semasa siasatanmereka mendapati tidak ada kecederaan luar, tidak ada kecederaan atau apasahaja kcederaan dalaman,” kata beliau.

Berikutpula adalah rakaman kenyataan media yang dibuat oleh  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar SinghIshar Singh[2].Kenyataan media ini dirakamkan oleh krew malaysiakini:

1.      ….there was adeath, berlakunya kematian but this death has got nothing to do withwhatever action taken by police dan sebagainya.
2.      allahyarhamBaharuddin while he was running away, attempting to run away when FRU came atthe KLCC he manage to go to Avenue K and at Avenue K he had difficulties inbreathing, ada masalah bernafas and… immediately call the ambulance,ambulance came immediately and brought him back to the hospital.
3.      ….There wasno external injuries on him, no nothing what so ever external, no injuries whatso ever, neither weather any internal injuries on the …..(sila rujuk jawapan berkenaan perkaraini di bawah)
4.      The son alsoclaims that his father is having high blood pressure.(sila rujuk jawapan berkenaan perkaraini di bawah)
5.      His wearingwhite color shirt with the skullcap.

Bagaimanapunberdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo tersebut, beberapa kekeliruantimbul iaitu:
  1. Bagaimanakah polis boleh mengakses terhadap hasil bedah siasat yang dilakukan padahal ahli keluarga allahyarham masih tidak tahu menahu tentang punca kematiannya. Berikut adalah laporan yang diambil daripada Harakah bertarikh 10 Julai 2011. [3]
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan olehhospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapalaporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKLuntuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

2.      Berturutandengan perkara di atas, kenyataan dari pihak polis menyebutkan bahawasanyaallahyarhambebas dari sebarang kecederaan dalaman mahupun luaran. Ini dilihatbercanggahdengan maklumat yang diperolehi oleh ahli keluarga terdekat allahyarham,iaitu anak saudaranya Azhar Kassim yang allahyarham patah empat tulangdadanya dan tiga batang giginya.

3.      Polis mengatakanbahawasanya allahyarham meninggal adalah akibat komplikasi jantung danbukannya berpunca daripada gas pemedih mata juga dilihat bercanggahdengan kenyataan yang dibuat oleh anak saudaranya itu. Saudara Azhar Kassimmengatakan allahyarham tiada penyakit jantung atau asma atau kencing manis.Beliau hanya ada penyakit darah tinggi sahaja, itupun tidak serius.

4.      Polis menafikankematian allahyarham berpunca daripada tindakan mereka dilihatbercanggahdengan kenyataan saksi yang ada bersama allahyarham. Menurut rakan allahyarham SuhaimiLong, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata dibawa ke HKL di manaanak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor[4].Isteri allahyarham Puan Rosni Melan pula berkata mengatakan beliau dimaklumkan apabilapolis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk disitu. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedarsuami saya sudah tidak sedarkan diri[5]

Seterusnyapenulis akan menganalisa pula rakaman yang dibuat oleh Malaysiakini terhadapkenyataan media pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur.

1.      ….there was adeath, berlakunya kematian but this death has got nothing to do with whateveraction taken by police dan sebagainya.

Silakan pembaca sekalian meneliti rakaman di laman youtube ini.[6]Orang yang sihat akal tahu polis terlibat atu tidak. Penulis lampirkan gambaryang diambil dari rakaman tersebut. Tetapi penulis mengirakan lebih utama untukpembaca menonton sendiri rakaman tersebut.


Penulismengirakan ajal maut di tangan Tuhan, tetapi apa yang penulis kesalkan ialahsikap berlepas diri polis daripada mengambil tanggungjawab kemanusiaan ini. 

2.      allahyarhamBaharuddin while he was running away, attempting to run away when FRU came atthe KLCC he manage to go to Avenue K and at Avenue K he had difficulties inbreathing, ada masalah bernafas and….immediately call the ambulance;ambulance came immediately and brought him back to the hospital.

Menurut individu yang merakamkan kejadian ini, sehingga 15minit tiada ambulan yang tiba. Kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpurpenulis kirakan tidak bertanggungjawab (setakat penulisan artikel ini pada 12Julai 2011 tiada pembetulan kenyataan yang dibuat oleh pihak berkenaan) apabilamengatakan allahyarham dihantar segera ke hospital dengan ambulan. Hakikatnyaallahyarham dihantar dengan menggunakan kereta polis. Terima kasih padapolis itu. Berikut adalah rakaman gambarnya.

3.      His wearingwhite color shirt with the skullcap.

Penulis mengirakan cukuplah gambar di bawah menceritakanhakikat sebenar.


Penulismengirakan sewajarnya pihak polis dan Kementerian Dalam negeri mengambiltanggungjawab ini. Anda jangan lupa, hari akhirat sedang menanti. 

Penulismengirakan insiden ini menguatkan lagi kerisauan rakyat Malaysiaterhadap integriti badan penguatkuasa di Malaysia. Tidak cukup dengan SPRM yangmenguasai entiti berkaitan dengan rasuah, SPR yang mengusai entiti pengurusanpilihanraya, dan sekarang PDRM yang menguasai entiti berkenaan keselamatan jugaterpalit dengan kes. 

Tidakadil penulis melemparkan kerisauan ini terhadap semua pegawai polis yangbertugas menjaga keamanan di Malaysia, penulis percaya masih ramai darikalangan pegawai polis yang sangat amanah. Namun sikap beberapa kelompoktertentu yang memegang tampok kuasa yang dilihat bekecenderungan untuk mengikutarus politik UMNO dan Barisan Nasionallah yang membuatkan seluruh anggota polisterpalit dengan kerisauan yang sama. 

Bertaqwalahsebelum kamu pula dijemput pergi. 

Pergiyang tiada kembali.

وَلَوْتَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَاأَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketikaorang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka(dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kamitelah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kamiingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakanamal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".                                                                                                                      (Surah as-sajdah: 12)

Kiranyaengkau memahami.

Duhai pejuang, semoga Allah merahmatimu.



[1]http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
[2]Penulis hanya akan menulis semula kenyataan beliau yang ada kaitan dengan topicini sahaja. Pembaca boleh melayari http://www.malaysiakini.tv/video/21931/kl-cpo-police-had-no-hand-in-protesters-death.htmluntuk menonton kenyataan media tersebut. Penulis melayari laman ini pada tarikh12 julai 2011 jam 2.47 minit pagi.
[3]http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4285-tok-guru-doakan-ayah-saya-mati-syahid
[4]http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4273-mangsa-gas-pemedih-mata-meninggal
[5]http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4279-jenazah-mangsa-gas-akan-dikebumi-pagi-ini
[6]http://www.youtube.com/watch?v=8F5OHXat4TU.Setakat akses penulis ke laman ini pada 2 julai 201 jam 3.45 minit pagi. Silalayari juga laman berikut http://www.youtube.com/watch?v=0mm3IE8g_3A(setakat akses penulis pada 12 julai 2011 jam 7 pagi)


No comments:

Post a Comment