Tuesday, July 12, 2011

UMNO Reform kata BERSIH 2.0 "Tamparan buat UMNO" dan "Utusan Bodoh"

Memang seawal hebahan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dibuat oleh Jawatankuasa BERSIH 2.0, UMNO/BN dan kerajaan Malaysia kelihatan tersedu – tersedak lantas melatah mengatakan ini adalah sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat kepada negara – menghancurkan negara, usaha komunis dan sosialis – sehingga ugutan jangan keluar rumah – akan bertempur dengan PERKASA dan PATRIOT – pertentangan hebat serta macam-macam usaha menghalang perhimpunan dilakukan.
Tanpa disedari ini memberi suatu promosi yang meluas kepada BERSIH – dari hanya satu perhimpunan yang belum tentu disertai SECARA MENYELURUH oleh rakyat marhaen mahupun ahli-ahli parti pembangkang kepada sesuatu yang perlu disertai – bagi membuktikan perjuangan mereka. Pembangkang menggunakan sentimen mudah – ini satu perjuangan rakyat dan kepimpinan pembangkang berjaya mencairkan elemen politik yang ada dalam BERSIH 2.0 kepada satu usaha mendaulatkan perjuangan rakyat dan hak demokrasi. Ini semua berjaya dilakukan dengan pertolongan media pro UMNO dan tindakan-tindakan serta amaran melampau oleh POLIS. Hentakan bertubi-tubi, serangan media yang tidak terkawal, keletihan dan kelesuan tim-tim pemikir kerajaan dan UMNO menjadikan BERSIH 2.0 berubah – dari hanya satu perhimpunan politik kepada satu perhimpunan perjuangan rakyat.
Bagi pembangkang dan penyokong mereka 9hb Julai 2011 adalah hari membuktikan bahawa mereka kuat – mereka perlu hadir – ini satu perjuangan yang penting kerana cabaran yang dilemparkan kepada mereka oleh PERKASA dan PATRIOT yang akhirnya membuka pekong kekurangan bila dibandingkan dengan kehadiran mereka yang menyertai BERSIH 2.0
Satu kesilapan yang benar-benar jelas – bila PERKASA dan Pemuda UMNO mengambil inisiatif untuk mula berdemo tanpa arah dan tujuan yang tepat. Berdemo untuk menghalang demo – dalam keadaan amaran – amaran yang keras oleh kerajaan – hanya menjadikan partisipasi pemuda UMNO meleset tetapi tidak pada penyokong pembangkang. Akhirnya apa yang nampak adalah perhimpunan PATRIOT seakan terlampau kecil berbanding dengan BERSIH lantas memberi ruangan untuk persepsi timbul bahawa sokongan terhadap PATRIOT tidak menyeluruh serta kesatuan yang lemah.
Satu petunjuk jelas adalah apabila perhimpunan PATRIOT sendiri tidak dapat mengumpul ratusan ribu ahli UMNO khususnya PEMUDA UMNO sendiri. Sekiranya AJK Pemuda Bahagian semuanya turut – PATRIOT akan lebih nampak gah – dari apa yang kelihatan pada 9hb Julai 2011.
Mungkin semua ini ada hikmah untuk kepimpinan YAB Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan UMNO/BN. Mereka perlu tahu apa yang sedang bergolak dan cara aturan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka patut sedar bahawa apa yang cuba mereka mainkan – hanya membawa BN/UMNO bermain pada padang permainan yang amat biasa oleh pembangkang. UMNO secara khususnya perlu membuka minda dan ruangan kepada pemikir-pemikir baru, kepada cara baru yang lebih tersusun dan tidak bertindak atas cadangan ortodoks mereka yang duduk melihat tetapi tidak pernah merasai dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin YAB Najib Tun Abdul Razak sendiri perlu memecahkan benteng yang ada di sekelilingnya – melihat secara lebih realistik lagi dari mendengar cadangan yang usang, lemah dan tidak ada hala tuju yang tepat dalam menangani isu pembangkang – khususnya apabila berdepan dengan perhimpunan dan gerakan reformasi.
Sebenarnya BERSIH memberi tamparan kepada kerajaan serta UMNO/BN adalah kerana kealpaan sendiri. Mereka yang mencatur perang saraf untuk perkara ini perlu ditolak. Mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ini harus sedar bahawa idea dan teknik lama mereka sudah tidak boleh diterima pakai hari ini. Utusan Malaysia harus disedarkan bahawa apa yang berlaku juga adalah kesan dari kebodohan editorial dan perang saraf mereka. Mereka perlu sedar bahawa ini bukan zaman UMNO dengan logo kapal layar lagi. UMNO sendiri perlu sedar bahawa tamparan yang diterima ini mencederakan persepsi terhadap UMNO dan ini akan terus membengkak. Selagi UMNO masih menerima input-input palsu, menerima cadangan dan idea usang maka UMNO akan terus tersekat dalam paradigma lama yang akan menyakitkan perjuangan UMNO itu sendiri. - umno-reform2     
Dibawah - petikan komentar dari Pembaca UMNO Reform :
wan  - tuntutan yang konsisten  |2011-07-12 08:24:36
Bersih 2.0 membuat tuntutan yang konsisten dengan tuntutan pertama. Reaksi bn agak terumbang ambing. Tidak dibenarkan berhimpun, tetapi juak2 umno seperti pemuda dan perkasa ingin anjurkan juga. Kemudian perhimpunan distadium tertutup dibenarkan. Akhirnya tidak dibenarkan. Secara mudah rakyat melihat kerajaan ckp berputar belit. Cukuplah dulu sebelum pilihanraya pak lah pernah berjanji tidak akan naikan harga minyak, sesudah menang kenaikan besar berlaku. Diikuti kenaikan zaman najib. Adakah cakap2 bn semakin tidak boleh dipercayai?
Bersih seringkali menegaskan ini perhimpunan aman. Umno pula menyatakan huru hara. Akan byk kerugian kepada peniaga. Pihak polis dan kerajaan merealisasikan kerugian dengan jalan2 ditutup dqn menghalang access warga kota. Adakah kerugian ini masih berpunca dari bersih atau polis? Bahkan demo aman menjadi huru hara dgn tindakan polis. Sekali lg bersih agak konsisten dengan tema aman. Reaksi pendemo berbeza dr demo dithailand atau diluar negeri. Tiada balingan bom buatan sendiri bahk an batu sekalipun.

Kecederaan atau kehilangan nyawa tiada dilaporkan dipihak polis. Mungkin saya terlepas pandang. Di pihak bersih, terdapat beberapa kecederaan. Terkena kelongsong gas pemedih mata. Di terajang atau dipukul. Bahkan mat sabu mendakwa motor dinaikinya dilanggar. Terkini 2 naib presiden pas mendakwa mereka ditangkap secara salah di kl sentral. Tempat yang tiada dalam larangan.

jangan gelak kuat sangat..takot ada sedara mara cucu..kih..kih..kih..
komen yang atok paling suka pasal video ni di facebook
image
kah..kah..kah..padan muka patriot..
siapakah disebalik pemuda patriot yang gagah perkasa dan berani tu?? jom selidik disini : LAWAK : DI BANGLADESH PUN ADA PATRIOT! | peTUA KITA semua


No comments:

Post a Comment