Monday, July 25, 2011

Tutup.. bukak.. tutup.. bukak..!


Isu hiburan: Blogger Umno Kedah mati kutu



Jenuh Tok Senapi (TS) dok tunggu jawapan dari bloggers UMNO berhubung isu pusat hiburan yang Tok Senapi ajukan, malangnya mereka tak dapat beri jawapan maklumnya semua soalan maut belaka. Bagi memenuhi kehendak hati pembaca, Tok Senapi nak jawablah soalan tu bagi pihak blogger UMNO.

TS siarkan semula soalan yang kemukakan, siap dengan 'jawapannya':

Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan
diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Blogger Pelantaq Lucah: Sebenarnya UMNO bukan takut kat MCA cuma tak berani saja, jadi terpaksalah UMNO melutut pada MCA. Kami pun tau sokongan Cina terhadap BN tinggal 15 peratus saja, tapi lebih baiklah daripada takdak langsung sokongan dari orang Cina. Kami kira kalau BN dapat pertahan deposit dalam pilihanraya kira OKlah, berbanding hilang deposit.

Sekarang kerajaan PAS hanya mahu
menguatkuasakan saja undang-undang yang telah dibuat tetapi dengan beberapa pindaan. Antaranya peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk Muslim sahaja, berbanding peraturan dibuat BN dulu yang mahu menguatkuasakan untuk semua, termasuk bukan Muslim.

Sekarang UMNO mengecam PAS kerana kononnya takutkan masyarakat bukan Islam, soalnya
bolehkah peraturan Islam dipaksakan terhadap bukan Muslim? Nak paksa mereka tutup aurat, jangan minum arak, jangan sembah tokkong, jangan main judi... bolehkah? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Kedah Taims: Peduli apa soal hak non Muslim, yang penting bagi kita ialah melingkopkan ekonomi orang Cina. UMNO dah gagal nak majukan orang Melayu, jadi cara nak tutup kegagalan UMNO ialah sabotaj ekonomi Cina.. apa macam boleh trima?

Nak tanya balik sepanjang 10 tahun zaman BN dulu tak kuatkuasakan enakmen tu... macam mana pula
caranya depa halang orang Islam masuk pusat hiburan bulan Ramadhan? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Balog Setaq: Bila pulak kami halang orang Islam masuk pusat hiburan? Memang kami mau Melayu masuk pusat hiburan supaya bila moral mereka teruk, jauh dari Islam maka takautlah mereka kepada parti Islam.

Soalan maut terakhir ialah, UMNO dok kecoh-kecoh sangat bantah pusat hiburan tu... a
dakah jika UMNO kembali berkuasa di Kedah maka mereka akan laksanakan peraturan tutup terus pusat hiburan tak kira pengusaha bukan Muslim dan pelanggan bukan Muslim? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)

Padi Betina: Err hak ni tak reti nak jawab ni.. kalau BN tutup jugak, hilanglah 15 peratus undi Cina. Kalau bukak, PAS kata: UMNO lidah bercabang..Tutup.. bukak.. tutup.. bukak..! hemmmm zzzzzzzzzz.

sumber: http://kedahla.blogspot.com


No comments:

Post a Comment