Monday, July 25, 2011

Tindakan Hipokrit untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat CINA terhadap MCA/BN.

Tindakan desperado utk meraih sokongan


Pemimpin MCA Serdang ketuai demo TBH
Pemimpin MCA Sedang hari ini 'menjadi orang lain';mendakwa jurucakap rakan dan penyokong Teoh Beng Hock, Allan Liew Sin Kim mengetuai perhimpunan mendesak bekas majikan mendiang bertanggungjawab terhadap kematian bekas pembantunya itu.

Allan - ketua mengetuai biro aduan awam MCA Serdang - mengetuai perhimpunan di dewan pelbagai guna, beberapa ratus meter dari pejabat exco Selangor Ean Yong Hian Wah di Seri Kembangan.

Teoh, 30, merupakan pembangtu Ean Yong sehinggalah kematiannya pada pertengahan tahun 2009.

Mayatnya dijumpai mati di bangunan lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) di Shah Alam selepas disoal siasat badan itu.

Suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan mendiang membunuh diri akibat tertekan semasa soal siasat.

Sementara itu, Bernama melaporkan sekumpulan 50 lelaki itu juga mendesak Ean Yong meletakkan jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kematian bekas pembantu politiknya itu.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi sambil membawa poster di Dewan Serbaguna Seri Kembangan di Serdang pada 11.45 pagi tadi tetapi diarah bersurai oleh polis yang tiba tidak lama kemudian. 

Allan memberitahu pemberita bahawa Ean Yong berlaku kejam terhadap Teoh dan tidak memberikan pembelaan yang adil kepada bekas pembantunya itu, lapor agensi berita nasional itu.

"Perhimpunan ini bertujuan menuntut keadilan bagi keluarga Teoh yang telah kehilangan seorang anak yang baik serta pekerja yang sentiasa menurut perintah," katanya - MK.


No comments:

Post a Comment