ULASAN “Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Dalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencanangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.
Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.
Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.
Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.
Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.
Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.
Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka.
Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.
Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing.NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.
Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.
Apakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.
Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!
Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.
No comments:
Post a Comment