Tuesday, July 5, 2011

SAMBUTAN NISFU SYA’BAN (FATWA MAJLIS FATWA SAUDI)


Mufti; Syeikh Abdul-Aziz Bin Baz
Terjemahan; Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
Soalan; Ditempat kami ada masjid-masjid yang bila tiba 15 Sya’ban orang ramai akan berhimpun di masjid membaca Yasin 3 kali dan membaca kisah kelahiran Nabi. Apa pandangan Syariat tentangnya?

Jawapan;

Amalan tersebut tergolong dalam perkara-perkara bid’ah. Telah sabit dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda; “Sesiapa mengada-adakan dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) sesuatu yang bukan darinya, maka ia tertolak”. Baginda juga bersabda; “Jauhilah kamu sekelian dari perkara-perkara baru yang diada-adakan kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat”. 
Ibadah terbina di atas perintah Syarak, mematuhi tegahannya dan mengikuti sunnah Nabi. Amalan tersebut di atas tidak pernah diperintah oleh Nabi, tidak pernah dilakukan baginda dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Khulafak Rasyidin, sahabat-sahabat lain serta para tabi’in.
Mengikut lafaz hadis soheh yang lain, Nabi bersabda; “Sesiapa beramal dengan suatu amalan yang tiada berdasarkan perintah kami, maka ia ditolak”. Amalan di malam Nisfu Sya’ban itu tidak terdapat dalam perintah Nabi, maka ia ditolak dan wajib diengkari kerana ia termasuk dalam perkara yang ditolak oleh Allah dan RasulNya. 
(Fatwa diterbitkan oleh al-Lujnah ad-Daimah Lil-Buhuth al-’Ilmiyah wa al-Iftak, dipengerusikan oleh Syeikh Abdul-’Aziz bin Baz, no. fatwa; 2222)
Sumber ambilan fatwa; (http://www.alifta.com/Fatawa/FatawaChapters.aspx?View=Page&PageID=16&PageNo=1&BookID=12).
Syeikh Abdul-’Aziz bin Baz dalam risalahnya khususnya “Hukmu al-Ihtifal Bi Lailati al-Nisfi Min Sya’ban” (Hukum mengadakan sambutan bagi malam Nisfu Sya’ban), beliau menjelaskan -antaranya-;
1. Menyambut malam Nisfu Sya’ban dan mengkhususkan siangnya untuk berpuasa merupakan suatu bid’ah yang tidak ada baginya satu dalilpun yang dapat dijadikan sandaran. Memang terdapat beberapa hadis menyebutkan kelebihan malam tersebut, tetapi ia adalah dhaif dan tidak harus diambil sebagai sandaran/hijah. Adapun hadis yang menyebut kelebihan solat tertentu pada malam tersebut, semuanya adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana yang diperingatkan oleh ramai ulamak.
2. Kebanyakan fuqahak Hijaz (Mekah dan Madinah) telah menolak amalan membesarkan malam Nisfu Sya’ban, antara mereka; Imam ‘Ato, Ibnu Mulaikah, fuqahak-fuqahak Madinah, ulamak-ulamak mazhab Imam Malik dan selain mereka. Menurut mereka; semua amalan itu adalah bid’ah.
3. Ibnu Waddhah meriwayatkan dari Zaid bin Aslam yang berkata; Kami tidak pernah melihat guru-guru dan fuqahak-fuqahak kami memberi perhatian kepada malam Nisfu Sya’ban.
Sumber ambilan; (http://www.alifta.com/fatawa/DisplayMargins.aspx?ID=2005).
Artikel berkaitan;

No comments:

Post a Comment