Thursday, July 21, 2011

Sahor Hamid Dan Polis Dua Kali Lima Saja


Naib Ceselor UiTM Sahol Hamid Abu Bakar dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) lebih kurang saja, dua kali lima. Barang kali begitulah jadinya kalau perlantikan Sahol Hamid sebagai Naib Censelor dibuat atas pengaruh politik dan bukan kerana kecemerlangan beliau dalam akademik dan tidak berdasarkan pengalaman pengurusan sebuah IPTA.

Begitu jugalah jadinya pasukan keselamatan sepenting polis, kalau ia lebih menjaga soal politik dan bukannya keselamatan umum, pasukan itu dilihat sebagai abdi bukannya sebuah pasukan yang disanjung. Pasukan itu akan dipertiakiakn dan terus dipertikaikan sehingga kewibawaanya tidak akan disebut lagi.

Apa yang keluar dari mulut Sahol Hamid menggambarkan akan kedangkalan dan kenaifannya sebagai seorang Naib Ceselor. Inilah kualiti Naib Censelor yang dipilih Kementerian Pengajian Tinggi yang mengguna pakai meret politik.

Begitulah jadinya kalau soal setia kepada Umno dan kuat membodek diabil kira, bukannya kepada kecemerlangan seseorang dan kredibilitinya dalam dunia pendidikan. Hasilnya universiti yang diserahkan itu akan jatuh merudum dan akan diketawakan oleh dunia. Kenapa tidak sebab censelornya cerdik sedikit daripada pak pandir.

Kelemahan dan sejauh mana wibawa Sahol boleh dilihat kepada isu Anugerah Ibrahim Ali yang dinama dan diminta sendiri oleh Ibrahim Ali. Beliau nampaknya berdolak dalih dengan isu ini. Mulanya beliau kata anugerah itu belum diputuskan oleh senat. Tetapi bila terdedahnya surat pekeliling yang ditanda tangani katanya ia sebagai untuk mendapat reaksi berhubung anugerah itu oleh para pesnyarah.

Kenapa kementot sangat hujah Sahol untuk melepaskan dirinya? Adakah logik beliau mengeluarkan pekeliling hanya untuk mendapat reaksi daripada para pesnsyarah. Pensyarah rasanya tidak perlu memberi apa-apa pandangan lagi kerana UiTM sudah ada senat atau lembaga pengelolanya sendiri untuk menilai apakah anugerah itu bermutu, ada wibawa atau tidak. Pihak senat boleh menentukan apakan logik atau tidak anugerah berkenaan ditawarkan.

Bukankah senat dan lembaga sendiri terdiri daripada 60 orang professor? Tidak cukup lagikah otak mereka untuk membuat penilaian terhadap anugerah berkenaan. Atau pun Sahol sudah menerima apa-apa sogokan daripada Inchek Ibrahim berkenaan dengan anugerah itu? Tidak mustahil?

Apa yang berlaku ini menjelaskan akan sejauh mana wibawa Sahol sebagai Naib Censelor kepada sebuah IPTA. Beliau seolah bekerja dengan kaki dan bukan dengan kepala. Dalam perkara begitu penting pun beliau boleh membuat keputusan semudah itu, apa lagi hal-hal yang kecil dan remeh lagilah. Menyalahkan Institiut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) yang konon tersalah pandang sebab mengumumkan sesuatu yang belum pasti adalah alasan kebudak-budakan. Alasan itu untuk menyelamatkan diri sendiri saja laksana orang Sakai melindungi kemaluan dengan kulit kayu.

Begitu juga kalau Impak bertanggungjawab kenapa laman websitenya sudah dihapuskan dari alam maya? Ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku itu tidak menurut peraturan dan satu penyelewengan sedang cuba dilakukan. Dengan wujudnya perkara ini kita bimbang masih banyak keputusan-keputusan universiti berkenaan sebelum ini dibuat tanpa kajian mendalam atau tidak mengikut piwaian yang ditetapkan.

Salah satu ialah mengenai anugerah doktor kehormat kepada seorang altit wanita sebelum ini. Katanya penganugerahan itu tidak memenuhui kritria yang ditetapkan. Atlit itu tidakpun mendapat apa-apa pingat dalam kejahohan yang disertainya. Tetapi kerana, saya ulangi kerana dia baik dengan isteri orang kenamaan, atlit busuk itu diberikan anugerah doktor kehormatan. Binawai... Untuk IPTA itu sendiri di manakah maruahnya bila ini berlaku.

Apabila mengenangkan tindakan kemetot Sahol Hamid itu teringatlah kepada tindakan polis Malaysia berhubung kenyaatan akhbar yang dibuat terhadap Dr Hatta Ramli dan Husam Musa. Dalam satu laporan akhbar polis mengatakan pihaknya akan mengeluarkan waran kepada Hatta dan Husam kerana menghadiri himpunan Bersih.

Sebabnya ialah kerana kedua pemimpin Pas itu tidak hadir ke balai polis Dang Wangi untuk memberi keterangan. Apa yang ganjilnya dan mungkin tidak pernah berlaku di Korea dan Jepun kedua-dua pemimpin Pas itu tidak pun dimaklumkan yang mereka perlu memberi keterangan.

Menurut Hatta dan Husam mereka tidak diberi tahu sama ada melalui surat, telefon atau khidmat pesanan ringkasan (SMS). Hatta nampaknya semacam menyesali atas apa yang berlaku. Katanya polis perlu menguasai kemudahan terkini untuk urusan kerjanya seperti menggunakan SMS atau Facebook untuk menghubungi seseorang yang dikehendaki. Cadangan Hatta itu menunjukkan polis masih lagi berada di tahap lama dalam urusan kerjayanya.

Saya rasa polis sengaja berbuat begitu seperti mana kata Husam untuk mensensasikan hal itu. Apabila polis mengeluarkan kenyataan akan keluar waran untuk tangkap mereka berdua maka ternampak di mata umum bahawa mereka bersalah dan cuba melarikan diri. Natijah dari tindakan polis yang tidak profesional itu bagi menjatuhkan imej pemimpin Pas itu.

Perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian dan diteliti oleh pihak berkuasa, seperti Menteri Pengajian Tinggi dan juga Menteri Dalam Negeri (KDN) agar wibawa mereka berhubung perkara ini tidak terjejas. Kesan daripada kelemahan atau kesengajaan itu akhirnya boleh memberi implikasi kepada menteri yang bersangkutan.

Kalau mengenai perangai Sahol Hamid itu kesanya kepada Khalid Nordin manakala mengenai kelemahan polis itu pula kesannya kepada Hishamuddin Hussein. Selaku menteri mereka berdua perlu memberi perhatian perkara ini dan jangan mudah pula menyokong tindakan dangkal agensi atau jabatan dibawah bidang kuasa mereka. [wm.kl.6:20 pm 21/07/11] - MSO

No comments:

Post a Comment