Tuesday, July 12, 2011

PANAS BERAPI - Bila 'badak' yang mandi, bil air RM30 ribu sebulan ?


Bil air di rumah Perdana Menteri RM30 ribu sebulan.. "ini bukan orang yang mandi tetapi badak yang mandi.." "Najib Bohong..Perdana Menteri Bohong" bergema di Seberang Jaya malam tadi. - sumber

Ribuan hadirceramah Mat Sabu malam tadi.

Sabtu 09 Julai 2011, seluruh dunia telah menyaksikan kezaliman pihak Polis yang menurut arahan pentadbiran Najib dalam menangani kehendak rakyat yang mahukan satu system pilihanraya yang lebih adil seperti yang terkandung dalam memorandum BERSIH.

Lebih dari 1400 peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 telah ditahan oleh pihak Polis dan berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan termasuk beberapa pemipin Pakatan Rakyat.

Namun begitu tindakan Pihak Polis yang menahan hanya pemimpin dari PAS dan PKR biarpun Lim Kit Siang berdiri didepan mata meraka jelas hanya bagi membolehkan pihak UMNO/BN menggunakan isu ini sebagai Propaganda bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP dalam isu BERSIH 2.0. Adakah kita masih bodoh untuk mempercayai Propaganda bodoh UMNO/BN?

Dua hari setelah perhimpunan BERSIH 2.0 , berlangsung pula satu sessi Penerangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang isu BERSIH 2.0 ini. Antara yang hadir memberikan ucapan adalah Tuan Haji Mohd Sabu yang berkerusi roda kerana kakinya cedera dilanggar Land Rover pihak berkuasa dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri.

Biarpun dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kita telah menyaksikan apa yang dikatakan sebagai tindakan Zalim pihak berkuasa, namun kini tekanan melalui kezaliman bukanlah lagi satu perkara yang mengentarkan rakyat..

Ribuan tetap hadir bagi mendengar sendiri penjelasan dari Pemimpin – pemimpin PR tentang peristiwa BERSIH 2.0.Laungan oleh Mat Sabu.."Najib Bohong..Perdana Menteri Bohong" bergema di Seberang Jaya.

"Kamu boleh melukakan lututku..tetapi kamu tidak boleh melukakan otakku.." kata Mat Sabu. Mat Sabu menyeru kepada polis agar menjaga keselamatan rakyat bukan menjaga keselamatan umno.

Mat Sabu mengingatkan peringatan Ustaz Hadi bahawa 9 Julai 2011 adalah satu permulaan..kita akan ajak rakyat turun ke jalan raya jika kerajaan dan SPR terus pekak dan tidak mahu penuhi 8 tuntutan BERSIH.

Mat Sabu cerita beliau mahu ke masjid tiba-tiba polis yang langgar beliau. Begitu kejam polis apco sanggup langgar pemimpin rakyat sendiri. Bil air di rumah perdana menteri rm30 ribu sebulan.. "ini bukan orang yang mandi tetapi badak yang mandi.." "Malaysia dah gila..baju kuning kena tangkap..kalau berak tahi kuning pun mungkin kena tangkap.." sindir Mat Sabu. - albanjarionline

No comments:

Post a Comment