Alahaiii dok pong pang pong pang bersyarah kat aku pula isu gambar najib bersolat tanpa memahami perihal sebenar. Ko ingat aku ada kesah dengan gambar najib bersolat tue? Biar aku jawab satu kali dekat ko supaya ko nampak sikit apa isu yang aku persoalkan disini.
Aku bukan ada hal dengan solat najib. Sikit pun aku takde heran nak pergi menilai solat dia. Apsal pula pandai2 aku nak pergi tafsir nilai ibadat dia? Dia dan aku sapa sekarang? Kita orang sama2 hamba Allah swt. Yang layak menilai dan menentusahkan amal kita ialah Allah swt. Benda tue semua orang tahu lah beb. So tak payah pong pang pong pang cakap yang aku pergi menilai amal dia.
Isu kat sini bukan isu nak menilai amal najib. Tetapi cara najib yang mempromosikan imej islamik dia. Islamik sangat ke dia tue dengan mengupload gambar solat? Islamik sangat ke dia sampai perlu dia mempromosikan amal dia? Sebab tue aku cakap baik dia upload gambar solat dia dari subuh sampai ke isyak. Kalau boleh upload sekali dengan solat2 sunat. Biar nampak sangat imej dia itu islamik. Amacam? Boleh? Heh.
Utusan dan BH online pun pernah mainkan gambar dia bersolat. Siap jadi tajuk berita lagi. Itu semua dibuat untuk menaikkan imej islamik dia. Agar dia nampak baik dan islamik. Tapi islamik ke dia? Dia tak islamik pun pada aku tak kira berapa ratus gambar solat dia tersebar kat facebook pun. Lebih2 lagi tak islamik bila sendiri yang upload gambar ke twitter untuk raih sokongan. Untuk mendapatkan pujian. Pergi mampos. Aku tak termakan dengan helah bodoh tue. Kekejaman dia dalam bersih tidak hilang tak kira berapa ratus juta kali dia upload gambar solat dia.
Tak payah cakap dengan aku yang dia memang takde niat macam tue. Dia memang ada niat macam tue. Itulah fungsi facebook dan twitter dia. Dan dia juga akan ban komen2 yang mana melampau menjejaskan imej dia. Itu beza dia dengan dsai. Atleast dsai tak ban komen2 yang maki hamun tapi dia? Komen yang tak maki hamun pun dia ban. Itu yang dia cakap menerima pandangan semua rakan2 dalam facebook dan twitter? Fack lah!
Dalam banyak2 perdana menteri malaysia dia lah paling hebat main wayang. Dia boleh berlakon jadi macam2. Itu pasal dia upload gambar solat. Dia fikir dia boleh bina imej islamik dan soleh. Setelah macam2 kekejaman yang dia lakukan, dia menjenamakan watak dia sebagai pemimpin yang soleh dan pentingkan keserdahanaan dalam media baru? Adakah dia benar2 fikir bahawa langkah itu berkesan?
Kalau dia tanya aku, aku boleh bagitau dia, waima sejuta gambar solat sekalipun yang dia upload, ia tidak akan membantu memulihkan imej dia semula. Imej dia tercalar teruk akibat tindakan bodoh dia sendiri. Daripada isu menipu berhubung royalti minyak hinggalah kepada tindakan menipu dia mengenai perhimpunan bersih di media antarabangsa, imej dia tidak akan terpulih dengan gambaran konon nya dia islamik. Sedangkan dia bukan islamik langsung. Inilah hakikat sebenar. Dia menjenamakan diri dia seolah2 dia islamik dan mesra rakyat padahal itu bukan dia. Hakikat.
Hakikatnya ialah dia ialah pemimpin kepada sekumpulan penipu. Dia ialah pemimpin kepada sekumpulan penyeleweng. Dia ialah pemimpin kepada sekumpulan yang merompak wang rakyat. Inilah dia. Orang macam neh cukup2 bahaya. Dia pegang semua media dan bina jenama islamik seolah2 orang akan lihat dia berbeza dari mahathir tetapi dia lagi bahaya dan lagi dasat dari mahathir. Mahathir, sekejam2 dia pun, takde lak mainkan gambar ibadat haji dan solat untuk raih sokongan. Mahathir juga tidak pernah menaikkan minyak sekaligus 0.78sen lepas tue buat muka bodoh.
Sebab itu aku perli najib dengan ringan dalam isu gambar solat. Aku bukan tentusahkan amal ibadat dia. Aku cuma mempersoalkan kewajaran dia mempromosikan gambar dia bersolat. Heh. Belum cukup bagus. Aku tak termakan. <-- Direct kan?
Ameno : Belum cukup bagus. Kalau berani jadi lah imam.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/najib-bersolat-ada-aku-kesah.html#ixzz1SQNDYPZX
No comments:
Post a Comment