Friday, July 1, 2011

MYVI SE SESUAI JADI KERETA MAYAT?

Saudara Pengarang,
SAYA berbangga kerana menjadi salah seorang pemilik kereta buatan Malaysia, Perodua MyVi SE dan didaftarkan nombor plat SD 4481 E, namun kemalangan di kilometer 50, Jalan Matupang Ranau pada jam 4 petang, 9 Mei 2011 lalu telah mensirnakan kebanggaan saya selama ini.


Tidak tahu di mana silapnya, ketika kemalangan tersebut ‘Airbag’ kereta MyVi SE tidak keluar walaupun saya terlanggar tepat-tepat bahagian hadapan kereta itu, mujur saya tidak mengalami kecederaan serius.

Saya ada menghubungi ‘Careline’ Perodua, tetapi mereka kata airbag hanya keluar apabila berlaku hentakan tepat di bahagian hadapan kereta saya. Saya benar-benar bingung kerana anda boleh lihat sendiri bagaimana teruk hentakan kereta saya di dalam gambar yang disertakan.
Sekarang saya berasa was-was untuk mengunakan kereta tersebut yang saya beli dengan harga RM55,000 (dikatakan ‘Special Edition’) kerana dilengkapi dengan ‘Airbag’ tetapi kelihatannya langsung tidak berguna.

Kawan saya sempat berseloroh dengan mengatakan, “Kita padam (mati) dulu baru airbag terbuka!”. Benarkah begitu?

Sebagai pengguna dan peminat Perodua MyVi SE, saya merasa tertipu hidup-hidup dengan kereta yang saya beli itu. Semenjak saya beli kereta itu tersebut, saya tidak pernah ke Pusat Servis lain selain dari pusat servis produa di Lahad Datu.

Semoga Sabahkini.net dapat mengemukakan masalah saya bagi membolehkan Perodua tidak berdolak dalih dan bertanggung jawab terhadap keselamatan kenderaan keluaran mereka yang tidak ubah seperti ‘Kereta Mayat’.
Salam Hormat,
S GAZALY BIN AHMAD

No comments:

Post a Comment