Friday, July 29, 2011

mangsa membakar katilnya punca kebakaran HKL

Pesakit Mental Maut Dalam Kebakaran Di HKL

Seorang pesakit mental maut apabila bilik kurungan wad psikiatri, Hospital Kuala Lumpur terbakar, tengah malam tadi.

Kejadian berpunca daripada tindakan mangsa membakar katilnya.

Mangsa, Tety Mulya, 33 sebelum itu dikuarantin di bilik kurungan bersama dua lagi pesakit.

Dia dimasukkan ke wad berkenaan selepas mengamuk di kediamannya di Kampung Baru, petang semalam.

Dia yang dihantar abangnya untuk rawatan di HKL, turut bertindak agresif terhadap kakitangan hospital.

Menurut adiknya, yang hanya mahu dikenali sebagai Duri, kakaknya telah menghidap sakit mental sejak tiga tahun lalu.

Tety kemudian dimasukkan ke bilik kurungan wad psikiatri, HKL.

Sekitar tengah malam, bilik berkenaan yang turut dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV, menunjukkan tety bertindak menyalakan api untuk membakar katilnya.

Pasukan bomba dan penyelamat segera dipanggil dan mengambil 20 minit memadamkan kebakaran.

Akibat kejadian, 18 pesakit di kawasan wad turut dipindahkan ke wad lain.

Kawalan ketat turut dilakukan pengawal keselamatan bagi mengelak ada pesakit yang bolos.

Pihak bomba tidak menolak kemungkinan kejadian akibat kelalaian kawalan keselamatan. - beritatv3

No comments:

Post a Comment