Wednesday, July 13, 2011

Ketua UMNO Cheras Terlalu "CELIK" IT kah kah kah

Seorang demi seorang panglima UMCO-PERKASA-BN bersuara sumbang di media mempertahankan bos mereka. 

Maklumlah pilihan raya sudah dekat. Selain mahu dicalonkan, ada juga yang bersuara sampai nak pecah anak tekak kerana terpalit dengan kontroversi. Maklumlah, mereka mahu membayar budi.

Kali ini, Ketua UMCO Cheras. Katanya dalam akhbar di atas, perhimpunan BERSIH gagal, justeru kumpulan yang menyokong BERSIH mahu membuat provokasi. Dalam keratan akhbar di atas, dia memandaikan diri untuk memberikan komen tentang laman FB yang mendesak Najib meletakkan jawatan: 100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation. Seorang lagi pemimpin UMCO mahu menyedapkan hati sendiri dan menipu rakyat. Dia fikir, penyebaran maklumat pada zaman sekarang sama seperti tahun-tahun 70-an atau 80-an. Dia tidak tahu pak cik di kampung kini sudah ada yang pandai bereksperimen dengan Google.

Biarlah dia dengan retorik mengampunya. Cuma saya tertarik dengan dakwaannya,Orang yang sama boleh menyatakan undian mereka berulang kali kerana identitinya tidak diketahui, katanya mengulas laman internet “100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation “ (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur).

Jangan gelak!

Apalah bangangnya pemimpin UMCO ini! Adakah dia tidak ada akaun Facebook? Fahamkah dia tentang konsep dan rupa bentuk laman FB yang lazimnya dibina untuk menyokong atau membantah sesuatu atau dibina untuk laman kelab peribadi atau syarikat. Untuk menyokong atau menyertai laman itu, pengguna FB perlu menekan butang "LIKE". Kalau 100 ribu orang menekan butang "LIKE" maka 100 ribu oranglah yang menyukainya.

Fakta yang perlu diperbetulkan ialah laman ini bukan laman undian yang membolehkan orang menekan butangnya berulang kali. Setiap pengguna FB hanya boleh menekan SEKALI sahaja butang "LIKE" itu. Jadi alasan bodoh yang mengatakan bahawa orang boleh menekan berulang kali jelas menunjukkan orang kuat PERKASA/UMCO ini bangang IT.

Apabila data menunjukkan bahawa 100 ribu orang menyertai laman itu, maknanya 100 ribu pengguna FB mahu Najib meletakkan jawatan. Terkini, jumlah pengguna FB menyertai laman ini sudah menghampiri 180 000 orang. Bagi sesiapa yang mahu menyokong laman itu sila klik sini.

Pergilah belajar IT dengan jurublog pencacai, jangan sampai memberikan komen seperti budak tadika di akhbar. Cuma saya nak tulis di sini: Kalau betullah PM kita popular, apa kata dia bertanding di kawasan Parlimen sekitar KL? Rasa-rasanya tidak ada masalah untuk dia menang besar! Bukankah semua orang UMCO kata dia popular?  Kah kah kah!

P/s: Di laman blog pencacai UMCO, mereka memberikan alasan bahawa yang banyak menyokong laman itu ialah orang Cina. Mereka turut memberikan anggaran, kalau tidak silap saya, mereka mendakwa 90% penyokong laman itu berbangsa Cina. Wow, 100% gebang. - DCM



No comments:

Post a Comment