Wednesday, July 20, 2011

Kerajaan BN memperdaya rakyat melalui projek Infrastruktur NKRA

DARI ‘TIADA STANDARD’ KE ‘DOUBLE STANDARD’


KESAL…..Palipus kesal kerana Kerajaan BN memperdaya rakyat Sabah melalui beberapa pakej penipuan projek Infrastruktur NKRA yang tidak kesampaian.

KETUA DAERAH mengundi SAPP kawasan Rundum bagi DUN Kemabong, Palipus Ampasu menegaskan bahawa masyarakat Murut, khususnya dalam Mukim Rundum yang meliputi tiga perkampungan iaitu Kg Sumambu, Kg Kabintaluan dan Kg Katubu benar-benar hilang kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kerajaan BN.

Tegasnya, adalah kerana kerajaan BN yang ditunjangi UMNO dengan kejam sekali membelakangi hak masyarakat itu untuk mendapat agehan dengan seadil-adilnya bekas tanah adat NCR yang dikeluarkan daripada kawasan Hutan Simpan dan diberikan kepada rakyat.

Sebaliknya, keputusan kerajaan sepertimana yang telah diumumkan Ketua Menteri Sabah sebelum ini mengenai bekas tanah NCR itu daripada ‘Tiada Standard’ kepada ‘Double Standard’ kerana pada mulanya, mereka beranggapan bahawa tanah tersebut diberi secara telus dengan geran persendirian; tetapi sebaliknya pemberian itu dibuat secara geran berkelompok iaitu ‘Geran Komunal’.

“Alasan kerajaan bahawa Geran Komunal bertujuan menghalang pemilik menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya, tetapi itu tidak benar kerana kalau diberi geran persendirian pun kerajaan ada cara untuk menghalangnya kalau dicap tidak boleh dijual/diurus niaga,” tegasnya.
GERAN.....Mampukah Geran Komunal menyelesaikan isu NCR di Sabah?

Tambah Palipus, mereka sudah terhidu tujuan kerajaan bahawa apabila memberi Geran Komunal kerana sesiapa juga rakyat Sabah boleh disenaraikan sebagai peserta dalam geran itu, sama ada dia warga asing atau PATI asalkan mereka memiliki Kad Pengenalan.

Palipus seterusnya berkata, kerajaan UMNO-BN perlu ditukar dalam PRU13 akan datang ini kerana selagi BN terus menerus berkuasa di Sabah, maka selagi itulah pelbagai masalah akan timbul.

“Rakyat kebingungan kerana janji pembangunan infrastruktur jalanraya, terutama Kemabong ke Rundum sudah dinaik taraf dengan kos berjuta-juta tetapi hasilnya, indah khabar dari rupa,” kata Palipus lagi.

Palipus menegaskan bahawa mereka bukan berbohong atau sengaja melemparkan tuduhan palsu kepada kerajaan UMNO-BN, tetapi sesiapa juga boleh datang dan melihat sendiri keadaannya dan boleh bertanya pandangan penduduk kampung di Rundum.

“Naik bukit pertama yang curam ini dari Kemabong ke Rundum, sudah berapa kenderaan mengalami kemalangan dan ada yang terkorban gara-gara jalanraya yang kononnya dinaiktaraf, tetapi kualitinya ala kadar,” tambahnya lagi ketika berucap di majlis perjumpaan pemimpin SAPP baru-baru ini.

Palipus turut mempertikaikan perbelanjaan yang ditaburkan kerajaan semasa lawatan Perdana Menteri ke Kemabong baru baru ini yang berjumlah kira kira lebih RM2 juta yang sepatutnya sejumlah wang itu boleh menjana projek kecil-kecilan yang rakyat pohon sebelum ini, tetapi bertahun tahun menunggu tidak kesampaian.

“Inilah kerajaan yang suka menonjol diri dengan berbelanja besar, tetapi rakyat terus menderita tersepit dengan kemiskinan serta kemudahan infrastruktur yang mundur dan daif,” katanya lagi.
Menurut Palipus, beliau bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat di Kemabong bahawa mereka juga berpendirian yang sama dengannya; agar kerajaan serta pemimpin UMNO-BN yang ada sekarang ini perlu ditumbangkan pada PRU13 ini.

No comments:

Post a Comment